Ciptalah Sesuatu.....

Aku dan kau ...atau KITA,
membesar dengan mengenali "APPLE" dan "BLACKBERRY" hanyalah sebagai nama buah.
Dan apabila kita telah besar, dua nama tersebut bukan lagi dirujuk sebagai nama buah sahaja....
tetapi gajet yang kita miliki dan sayangi.

KITA....mungkin tidak akan menangis sekiranya tidak dapat makan buah epal dan blackberry.
Dan KITA.....mungkin akan menangis sekiranya "apple" dan "blackberry" yang kita miliki hilang,terhempas atau tiba- tiba rosak..

Hebatnya .....dari nama buah menjadi satu jenama yang terkenal...
Hasil ciptaan manusia kreatif.


Dan inilah maknanya.................. walau apa pun nama jenama yang dipilih, peluang untuk jenama itu dikenali tetap ada... cuma proses untuk dikenali mungkin agak sukar bagi sesetengah jenama , namun percayalah  PELUANG TETAP ADA.

Cipta sesuatu.... hanya dengan berani mencipta sesuatu kita akan berjaya....

Dan aku terfikir kenapa Alexander Graham Bell cipta telefon?
Mungkin kerana dia mahu dengar suara orang yang disayanginya...

Begitu juga ciptaan manusia yang lain.... emel , 3G ,Fb, Twitter .... semuanya dapat kurangkan rasa risau kita pada orang yang jauh....
Dapat dengar suara, dapat kiriman berita, dapat lihat muka live sambil bercakap di telefon, dapat lihat status, dapat lihat gambar, dapat "mention dan retweet" ....
Semuanya..... sebab ada manusia di antara kau dan aku...yang sangat kreatif untuk mencipta sesuatu.

Persoalannya,
aku dan kau, atau KITA... mahu jadi manusia yang mencipta sesuatu atau hanya mahu jadi manusia yang terus menggunakan ciptaan manusia lain ????

Aku tamatkan entri ini dengan tanda soalan ?

...THE.END....

Catat Ulasan