Aku yang suka MENJAHIT

Assalamualaikum semua...
Dah beberapa hari tak update blog... walaupun aku pernah janji dgn diri sendiri nak update setiap hari..

Tengok page view dah 2000 lebih :)
tq pada yang sudi baca blog ni ni ya
Walaupun tak ada follower.... mak tak sentap nak:)

Hari ni nak cerita pasal menjahit.
Sebab aku baru siapkan 2 design shawl yang baru...
Nak tengok? hujung entry nanti aku letak ok.

Cerita pasal jahit..teringat macam mana mula2 aku belajar menjahit dulu.
Tak pernah belajar formal pun, cuma masa kecik2 , aku suka menyibuk bila mak aku menjahit.
Excited kalau mak aku mintak tolong pegang hujung kain masa dia tengah nak menggunting.
Memang kaki menyibuk habis la..haha

Disebabkan suka menyibukla aku teringin nak buat baju sendiri.
Baju kurung pertama aku berjaya buat... masa aku darjah 5.
Itupun aku curi2 gunting kain lebihan langsir mak aku dan jahit guna jarum tangan je sorang2 dalam bilik. Langsir mak aku masa tu kain cotton biru je ( nak  cerita aku pengawas la kan)
Masa tu, kena sembunyi la sebab mak aku tak bagi main gunting katanya.
Bila dah siap dengan bangganya aku tunjuk pada mak aku...
Memangla siap aku buat ,cuma leher dia je besar dekat belakang....sebab aku main buat je leher tu ..
tak reti nak ukur lagi.

tak pandai lagi....nak guna alat ni
So, bila mak aku nampak je baju tu, dia pun start percaya kat aku utk menjahit.
Dia ajar aku guna mesin jahit , gunting baju, buat ukuran.....TQ mak

Lepas tu, bermula la kerjaya aku sebagai tukang jahit...jahit baju sekolah sendiri, jahit baju raya keluarga, jahit baju kawan2 masa di universiti.
Paling gile, aku pernah start gunting baju adik aku malam raya pukul 4.30am kot.
Macam halilintar aku jahit sebab kena paksa dengan dia...sudah nya aku dapat siapkan pagi raya tu jugak...and off course lepas salam raya aku tido sampai petang sebab mengantuk.
Bila la nak dapat kulit cantik macam ni....
Banyak jugakla design mengarut pernah aku buat. Aku pernah buat baju kurung moden , tapi leher dia aku design ala2 cheong sam.Kemeja kotak-kotak ala2 pelakon (AMOR POWERS ) dalam drama pangako sayo tu pakai..dan ...tak sangggup aku nak cerita design yg lain..sbb..confirm kena keluar awal kalau masuk Project Runway ( My favourite show )
Heidi Klum kata : You out ...Auf Wiedersehen

Bila dah keluar universiti dan kerja, dah start malas nak jahit baju raya sendiri.Sebab pertama dah ada duit  sendiri, dan sebab ke 2 off course baju ready made sekarang cantik2....
so, beli ready made je....

Walaupun dah tak menjahit baju kurung untuk raya, sekarang ni aku tetap menjahit lagi...JAHIT TUDUNG. Dan aku bersyukur pandai jahit ni sebenarnya... boleh berangan konon2 kreatif :)

Macam aku janji kat atas, ni la design terbaru dari aku @ Tudung Mulawa.
Dah boleh start order kalau berminat...( Sorry gambar tak cantik, malam2 ni lighting tak cantik sgt)


Shawl- 1 layer ( Hijau pucuk pisang + Coklat)
Harga RM 26



Shawl - 2 Layer ( Ungu + Turqoise)
Harga : RM 28
Nanti, aku ambik gambar yang terang sikit ya..and letak di fb.
Okay..end of story.
Good night!!!

Notes :
aku cuba buat design yang harganya @ Mulawa paling tinggi RM 35....
Hasilnya, aku dapat buat shawl kat atas tu bawah RM30 ?   COOL ...


Catat Ulasan