Kasut dan Wanita

Percaya tak? ni la rak kasut aku kat rumah...
Dalam dua tahun jugakla  aku kumpul beli kasut2 ni semua....dan banyak jugak la duit aku habis, air mata aku habis, tenaga aku habis dek kerana beli kasut2 yang banyak ......
Haha..okay aku tak sanggup nak teruskan tulisan aku yang berbentuk penipuan yang melampau ni  ...sangat melampau!!!!
sebab gambar kat atas tu korang pun tau aku ambil dari google image je kan :)

Teruja tak tengok gambar kat atas ? Off course ....harus kita pengsan guling2 kalau dapat rak kasut macam tu..ada rasa nak lompat2 kegembiraan. Dahla nak guling pastu nak lompat pulak..tak sangggup kan...
Apa jadi agaknya kalau kat rumah kita ada satu bilik khas untuk letak kasut sendiri.....
Mesti feeling2 Nicole Kidman /atau Erra Fazira atau Deja Moss ..haha

Atau..kat rumah kita ada rak yang macam ni je..... rak2 orang2 kebiasaan katanya....
Agak2 boleh tak nak cakap macam ni.... rak ni lagi best dari rak kat atas , sebab rak ni ada pintu ...rak kat atas tu tak de pintu...hooooooo..rasa nak lempang je mulut kan...

Apa-pun bukan cerita pasal rak yang nak aku kongsikan dengan korang semua...sebab cerita pasal perbezaan rak ni macam cerita nak cari gaduh je kan..penuh dengan darjat/pangkat/status-quo/kekuasaan ..... tetiba...

Cerita pasal jenis kasut wanita yang aku nak kongsikan sebenarnya....
Jom kita patah balik ke masa silam ala2 doraemon untuk imbas semula kasut2 yang kita pernah pakai. " imbas semula ??? macam scan je aku rasa....
Pastu kita check jugak jenis kasut kita pakai masa sekarang dan yang akan datang....

1. Masa baby
* Okay, masa ni confirm kita tak ingat kan..masa ni redha je la apa yang mak bapak kita nak pakaikan..maklumla tak boleh demand lagi  masa ni sebab tak pandai bercakap...

2. Baby dah besar sikit
* Mungkin masa ni kita pakai kasut yang ada bunyi2.... kahkahkah... susah aku nak taip bunyi tu guna perkataan... atau kasut kita masa ni ada cahaya kalau kita pijak kuat2..tak sanggup nak oiii..mak nak fikir ...atau kalau dah besar sikit sebelum sekolah, mesti nak kasut yang ada lace /reben/warna-warni..haha..memang tak sanggup nak fikir..kau sanggup ke?????

3. Sekolah
* Masa ni sudah terang lagi bersuluh pakai kasut sekolah ya murid2...
Warna putih..malas gila nak basuh!!!!! MALAS...MALAS..MALAS
dah la nak kena basuh, nak kena kapur pulak tu.... macam2
Kalau yang jadi pengawas tu ...pakai kasut hitam la kan...
bezanya tak payah kapur...perlu kiwi je...
hehe..lama tak sebut perkataan kiwi..rasa macam nak gelak pulak....
Dan masa ni...rasa macam kasut cikgu kita tu la yang paling cantik...okay, mengaku je masa ni ada rasa jeles kat Cikgu..tambah2 masa sekolah menengah... dah pandai mengatakan masa ni..opppsssss

4. Universiti
* Masa ni dah mula nak pandai bergaya kan
Mesti korang merasa pakai kasut rata/sandal/tumit tinggi yang tak berapa tinggi/atau kasut converse
tapi masa ni tak de la nak gila kasut je kan...sebab kena kontrol bajet ..maklum la guna duit PTPTN je
dan masa ni..kejadian kat atas berulang lagi...menengok kasut pensyarah dan menengok kasut kawan2 kan...jangan nafi ya...aku tau!!!!!!!

5. Muda/ Kerja
Okay lupakan kasut apa yang korang pakai masa menganggur tak de kerja....
kita skip je bab tu....
Masa ni kita mula berkenalan secara lebih mendalam dengan kasut.
cakap je ..dari jenis kasut sandal sampai la tumit tinggi....
Dari warna pudar sampai la warna2 yang terang
Dari kasut murah sampai la kasut mahal
Dari tak de manik lip lap lip lap sampai la lip lap penuh atas kasut
banyak la segala dari dan segala sampai kan....................
Ya...masa ni la kita akan sanggup berbelanja untuk kasut sebab kita dah pegang duit sendiri.
Masa ni kejadian kat atas tu berulang lagi..bezanya kali ni kita tengok dan compare2 kasut dengan bos kita atau rakan kerja....dejavu tak? SANGAT............

6. Tua/Pencen
Agak2 masa ni kita pakai kasut apa? aku tengok nenek aku pakai sandal je....
tak warna hitam warna ala2 oren kulit tu..dua warna ni je.
tak pernah lagi aku tengok nenek aku pakai warna pink terang:)

Jadi, lupakan dulu point no. 6 tu kan.....sebab biarla masa yang tentukan segalanya.
Jom kita cakap masa sekarang je....antara semua jenis kasut wanita ni yang mana satu pilihan korang dan mana satu yang paling korang suka pakai....


1. Kasut tumit tinggi....
* Nak bergaya punya pasal...sanggup kan...
Yang tak bestnya jalan pun jadi gemalai je ala perempuan melayu terakhir...
kalau terjatuh ..memang opocot la
Lagi sadis ..kalau pakai dengan seluar jeans yang kaki dia kita lipat sikit..pastu tumit tu termasuk dalam lipatan kaki jeans tu..hoho..memang berpusing2 la jawabnya...
* dan aku teringat kisah aku pakai kasut tumit tinggi lebih 4 inci dalam kapal terbang...bajet diva..memang meroyan kot masa tu..hoho
2. Kasut flat
* Maknanya tak de tumit la kan...
sangat cool kalau pakai kasut macam ni.... jalan pun boleh redah dan laju..
I like kasut macam ni....

3. Kasut ballerina
* Tak ada tumit dan flexible ....
Pakai kasut ni pun selesa jugak.... cuma bila masa tak pakai kasut ni nampak berlengkung2 ...macam tak nak tengok rasa...

4. Wedges
* Ha....ingat KFC je ada wedges dan cheesy wedges?
Kasut pun ada jugak.....best juga kasut macam ni cuma2 kadang2 tak berapa nak stabil .....jalan laju boleh tapi takut terpelecot...

5. Mules
* Kasut yang cover depan tapi terbuka dekat belakang...
okay gak kasut macam ni..tapi dah lama aku tak beli ..suka kasut flat punya pasal..

Cukup la 5 jenis je...ada lagi yang lain macam boot dan sandal....
Kalau cerita pasal kasut memang tak pernah habiskan...berjela2...berkajang2 entry ni nanti
* nanti next entry ..tak tau bila ...aku akan share pasal boot dan sandal pulak ya:)

Camne? bulan ni nak beli kasut tak?
Disebabkan aku suka kasut flat jadi aku rekomen pada sapa2 yang suka untuk cari kedai ni di TESCO,Mutiara Damansara..dekat dengan  The Curve tu...Fabiano Ricco....design dia memangla sangat2 menepati citarasa hatiku....cuma kat website dia tak byk gambar sangat dia letak.....
harga pun ..masih mampu...klik je kat perkataan Fabiano Ricco tu ..aku dah letak link dia
* dan untuk pengetahuan korang Fabiano Ricco tak bayar aku pun..sebab diorang pun tak kenal aku..haha ...
Tak dapat Salvatore Ferragamo... Fabiano Ricco pun jadila kan......very the Latino!!!!

Dan sebelum terlupa ....jeng..jeng..jeng
Ini la dia jenis kasut terakhir yang wanita memang tak akan pakai pergi kerja punya....
Brand ...T.E.R.O.M.P.A.H.....baling anjing pun mati....

Bye..bye...
hehe...enjoy reading ya





Catat Ulasan