Kereta dan Wanita

Terima kasih pada yang membaca entry ku Kasut dan Wanita ...
Rupa2 nya ramai yang suka baca pasal kasut ya...
Insyaallah, akan aku sambung lagi entry pasal kasut tu nanti.

Hari ni, tak nak cerita pasal kasut.....
Tapi nak cerita pasal sesuatu yang bermula dengan huruf "K" jugak.
Bukan cerita pasal Datuk K atau Abang K ya...

Kereta...
Ni la subjek yang akan kita kongsikan bersama..

Sebelum tu , korang termasuk dalam kategori mana?
a. Tak pandai bawak kereta dan tak ada lesen
b. Pandai bawak kereta dan ada lesen
c. Pandai bawak kereta tapi tak ada lesen ( sila insaf cepat!!!)
d. Tak berani bawak kereta tapi ada lesen ( sila berani!!!)
e. Terer gile pecut kereta:) ..okay ..kategori ni aku jelesssssssssssssssssssss
f. Tiada yang di atas...
Serius jeles..kalau google Cristiano Ronaldo Cars.....

Apapun kategori korang....
Yang penting ,pada yang pandai bawak kereta tu , bawak la dengan hati2 ya...
Pengalaman aku 6 tahun bawak kereta setakat ni..sangat la happy:)
Masa belajar kereta dulu , aku pernah cakap...
Macam manala nak bawak kereta ni..mata kena tengok cermin belakang, cermin kiri,cermin kanan..
Pastu kaki nak kena tekan minyak,tekan brek... mata nak tengok depan,tangan nak pegang steering, nak bagi signal..hoho.....serius pening fikir macam mana nak buat semua tu serentak.. Tapi rupa2 nya boleh pun...siap terer parking reverse lagi ( okay,yang ni memang aku bangga dgn diri sendiri..haha)

Jadi, untuk yang belum ada lesen atau yang sedang belajar memandu tu...
Come on..you can do it GIRLS!!!
WANITA BOLEH ...tetiba kannnnnnnn

Cuba tengok gambar ni...

Haha..bawak kereta tapi tak pakai kasut..
Agak2 korang termasuk dalam kategori ni tak???
Dan aku masih kaji kenapa ada wanita yang tak pakai kasut bawak kereta..
Mungkin sebab nak feel besi tu kut sambil tekan minyak atau tekan brek.hehe...

Dan sebelum habis baca entry ni..aku ada satu cerita lawak pasal "bawak kereta"
Kejadian ni terjadi dkt sorang budak lelaki english class aku..

Lecturer : Okay, please make one sentence using word " car"
Budak lelaki tu : My brother can carry a car
Lecture : How strong is your brother?
Budak lelaki tu : Sengih ....tak terkata sambil terpinga2
Budak class lain termasuk aku : Diam gak..tapi nak gelak dalam hati ..( bukan sbb gelakkan budak lelaki tu ya, gelak sbb tgk muka terkejut lecturer tu..)
Lecturer : Please don't translate a word from your dictionary directly okay!!!
Aku dalam hati lagi: ni mesti kes budak laki tu cari perkataan bawak dalam kamus..tu yang jadi carry tu....sepatutnya cari la perkataan pandu ... baru la jadi "drive a car" kannnnnn..kenangan sangattttt
Kalau aku kena buat ayat tu..mesti aku buat I have a car..ambik kau lecturer..senangkan ayat aku:)
Hehe.................Oh My English...
*******
Yahoo....Happy ... tudung ni akan sampai lagi seminggu...nanti we upload bila stok dah sampai k:)
RM 25/PCS..stay tuned



Catat Ulasan