Penangan Warna Si Epal Hijau 2


Hoho, Ingat filem je ada tajuk camgini..KL Gangster 2 , Adnan Sempit 2,
Entry aku pun setaraf filem gak ya .... harus ada "Penangan Si Epal Hijau 2"

Semalam, segala bagai gambar yang ada warna epal hijau aku tempek kat blog ni.
Semua gambar2 kat google je...
Hari ni aku nak letak gambar real dari camera telefon aku...

Al kisahnya ....aku dah siap mengecat!
Penat... sebab aku start pukul 3.30pm semalam .... sambung balik pukul 8.00pm sampai pukul 1.30am.. Gigih tak? Tapi no hal, sebab aku memang suka mengecat... aku pun pelik kenapa aku suka mengecat ....So, bangun pagi tadi aku sambung balik mengecat sampai la pukul 1.30pm...
Gigih segigih-gigihnya kan....

Hasilnya...
Cantik tak? macam lari sikit warna dia...cokia betul kamera tel aku ni..

Ruang tamu aku.... tempat letak kunci pun aku cat warna epal hijau ..haha


 
So, camne ? jadi tak u all nak cat kitchen dengan living room warna si epal hijau jugak?
Kalau nak jangan lupa beli barang 2 ni okay...

1. Cat warna epal hijau Nippon - 1053P /5 liter  : RM 133
2. Cat warna light grey Nippon - 4201P/2 liter :RM 80
3. Roller -RM 5.50
4. Tray - RM 2.00
5. Thinner -RM 3.50
6. Masking tape -RM4.00
7. Brush -RM 1.70

Today, aku feeling2 happy je kat dalam rumah ni..rasa ceria je.
Warna terang ni boleh buat mood kita macam up sikit..tambah2 lagi yang mengecat tu aku.
Apalagi, seronok la dapat tgk hasil usaha dah jadi kenyataan...

Cat ni ada lebih kurang 3 liter lagi... misi mengecat bedroom pulak lepas ni
Nampak tak ala2 cahaya kan warna ni... Oh Si epal Hijau, aku memang tertawan!!!!
Ni kasut aku..Nasib baik aku tak cat warna epal hijau kan tang warna coklat tu... Pitamsssssssss
Tapi rak tu, ada kemungkinan kot jadi mangsa:)
 
 
Selesai semua......... pasni bermula la kain ni akan digunting untuk dijadikan shawl
Warna Epal Hijau lagi...................ya, aku ingin merasuk semua orang sukakan warna ni.



 
Dah habis la sudah entry pasal si epal hijau.
Harap 2 adala yang terhasut dengan entry aku untuk suka warna ni jugak....

Dan...Aku janji takkan ada entry "Penangan Si Epal Hijau 3" lagi lepas ni
Sebab....takut korang bosan pulak nak baca nanti kan.
Dan..jujurnya aku pun takut dengan diri aku yang tiba2 suka warna ni. HAHA


 Chow ....



Catat Ulasan