Penangan Warna Si Epal Hijau

Sungguh aku tak faham kenapa warna Epal Hijau tiba2 sangat cantik di mata aku.
Padahal aku peminat tegar warna biru.
Dan..sebenarnya makan epal hijau pun aku tak suka.

Dah 2 jam aku fikir kenapa warna Epal Hijau ni cantik sangat...sangat..dan sangat...
Jawapan yang aku dapat, sebab warnanya ceria kot....dan cantik!!! cantik lagi!!!!

So, maaf warna biru. Kita break off okay...
Kalau tiba2 aku suka balik warna kau aku cari kau balik:)

Buat masa ni, dalam otak aku dipenuhi dengan warna2 Epal Hijau  je..Dan siang tadi aku dah beli pun cat Nippon warna ni , untuk aku cat bilik tidur aku / ruang tamu aku/dapur aku.... dan aku plan untuk gabungkan dengan warna light grey...kreatif tak?
(nanti dah siap cat, aku tampal gambar kat sini)

Seperti biasa, seorang perempuan bernama Goo Girl bersedia membantu aku mendapatkan gambar2 dari internet ...yang tentulah ada warna epal hijau.
What say u? Cantik tak?

Memang aku baring guling2 kat atas lantai ni, kalau ni dapur aku

 Lepas baring kat dapur, aku baring dalam bilik ni ...

sambil pakai t- shirt ni
Nak beli beg ni..tapi confirm tak mampu...ko mampu?

Nice...teruskan berangan 
 Camne? memang cantik kan warna Si Epal Hijau...
 Kalau gajah pun aku boleh cat warna epal hijau, memangla aku nak cat je bagi jadi macam ni
Dan tiba2 aku teringat, kalau masa sekolah rendah dulu, warna epal hijau ni selalu aku gabungkan dengan warna merah jambu kalau masa mewarna ..bajet gabungan yang paling cantikla masa tu..
Mesti korang pun pernah buatkan...
Tapi zaman sekarang, gabungan ni dah tak sesuai nak..
Out dated kot...

Dan tiba2 aku teringat lagi....patutla aku buat shawl warna Green Apple + Coklat...
Mungkin masa ni aku dah tersuka kat warna ni tapi tak sedar.....Boleh?


Dan sebelum tiba2 aku banyak teringat lagi dan tampal beratus-ratus lagi gambar yang ada warna epal hijau sampai korang pun menyampah, baik aku habiskan cerita aku ni dengan video ni ( nak upload lambat sgt, so aku letak link je k)

http://www.youtube.com/watch?v=7jG-7D0w4BY

Good night semua ( walaupun dah pukul 3.04am)



Catat Ulasan