Resipi sup ayamku

Assalamualaikum..
Korang dah makan?
Makan apa?

Hari ni tiba2 aku rasa nak tulis pasal makanan..
Sebab..hari ni aku memasak :)
masak sup ayam je.

Bestnya makan sup ni sebab .. boleh menggalakkan penurunan berat badan
Tak caya? baca artikel ni EATING SOUP ENCOURAGES WEIGHT LOSS ....

Kalau nak ikut logiknya..bila kita makan sup ni kita cepat kenyang kan.
Jadi tak de la nak makan nasi tu bertambah2..
Yang penting amalkan sup yang sihat..kurang lemak,lebihkan sayur,kurangkan minyak...
Kalau dalam sup tu macam minyak berenang pun tak de maknanya kan...
Hirup sup masa tengah panas...oh!!! heaven!!!! nyum..nyum..nyum

Okayla ...jom kita share resipi sup ayamku yang dah siap aku makan sebelum pukul 7pm tadi...

Basuh ayam..




Letak asam jawa/kunyit/garam .... jangan cakap korang tak pernah buat ya:)
Okay ni bahan2 nya ...Bawang merah,bawang putih, halia, sup bunjut, daun sup, cili padi
Kalau tak de bahan2 ni.. lupakanla sup anda:)




Hiris bawang merah,bawang putih dan halia.... bahagi dua/ satu bahagian untuk tumis/satu bahagian lagi untuk goreng.....




Tumis bahan2 yang dihiris tadi..lepas tu masuk ayam..aku suka letak ayam masa ni sebab nanti ayam ni ada rasa ala2 goreng gitu...tak de la plain je bila letak masa dah ada air.




Masukkan air .....dan sup bunjut




Sambil tunggu air menggelegak..bolehla potong2 daun sup dan tumbuk2 cili padi ni
Kalau semua benda ni korang dah buat awal2... masa ni bolehla basuh pinggan ke atau buat kerja2 yang lain




Bila sup dah menggelegak..masukkan daun sup,cili,garam,ajinomoto( kalau korang jenis letak ajinomoto la)...dan kicap(yang ni memang aku suka letak sikit sebab aku tak suka sup yang ala2 warna jernih gitu)




Ingat tak hirisan bawang yang tak tumis tadi... inilah rahsia sup sedap... goreng bawang ni... masa dia panas2 terus campak dalam periuk sup... nanti korang akan dapat flavor ala2 masam sikit lepas campak bawang goreng panas..yang ni mak aku ajar:)




Okay..dah siap...
Dan makan bersama nasi putih yang panas jugak...biar terbakar kat dalam badan tu..haha

Okay...chow, nak tengok hindustan kat tv2..ada Madhuri Dixit yang cantik tu...



Catat Ulasan