Yang Tertutup Itu Indah


Pernah dengar ayat ni?
Pernah google ayat ni?
Cuba korang taip perkataan Yang Tertutup Itu Indah kat Google Image..
Gambar apa yang keluar dulu?
Tudung kan..............semuanya tudung..tudung-tudung sahaja..

Dan hari ini aku nak bawak korang melihat perkataan Yang Tertutup Itu Indah dari sudut pandangan yang berbeza....Jom tengok gambar-gambar kat bawah ni...
Indahnya kalau kita tutup fb kita lepas guna ...
atau omputih cakap LOG OUT..
Tak ada la kes2...status2 palsu keluar disebabkan kena aniaya dengan orang lain.

Dan indahnya kalau kita tutup suis2 yang tak perlu dibuka pun sebenarnya...
Tak ada la kena bayar bil elektrik banyak.....


Dan indahnya kalau menguap ..kita tak lupa tutup mulut
Tak ada la serupa ini gambar...

Dan indahnya kalau kita dapat lihat sesuatu dari sudut pandangan yang berbeza...
Tinggi la sikit tahap toleransi kita untuk sesuatu perkara kan!!!
Kurangla sikit darah tu cepat menyirap...
* mungkin darah tu dapat mengoren je .... untuk meneutralkan rasa marah:)

Dan bila la kalau taip kat Google Yang Tertutup Itu Indah .... nama blogspot aku kat tempat paling atas kan.... mungkin seribu tahun lagi untuk aku terus berangan...




 

Catat Ulasan