Resepi Kerabu Pucuk Paku

Okay...ini sesi memasak.
Mula2 saye ...
Ayam pule...
Kukus,Grill,Panggang....
Kukus,Grill,Panggang....kukus ( ala2 iklan panasonic Master Chef Malaysia)
Hehe.....

Tapi hari ni, bukan nak kukus ayam ya... hari ni nak masak ala2 vege gitu...
Bayangkan anda hidup dalam sebuah kampung yang sangat cantik...
Pada satu hari, Ketua Kampung telah mengisytiharkan bahawa...barangsiapa yang tidak
pandai memasak kerabu pucuk paku...akan ditangkap hidup2 dan akan dibuang daerah..
What?????!!!!! Nonsense punya ketua kampung!!!

Untuk mengelakkan anda ditangkap....anda mesti belajar memasak kerabu pucuk paku...
Maka bergurulah anda dengan seorang pari2 cantik...

Bahan-bahan
1. Seikat pucuk paku
2. Setengah plastik taugeh
3. Tauhu dan Tempe ( Kalau tak letak pun tak ape)
4. 4 batang serai, 5 ulas bawang merah, 13 biji cili padi , 2 biji cili kering
    - sedikit belacan,kalau nak lebih rasa..oh, lupa nak cakap.kampung ni kampung melayu
5. 1 biji kelapa parut

Cara penyediaan
Bahan A....penyediaan bahan utama
1. Celur pucuk paku yang dah dipotong ke dalam air mendidih...
    untuk kekalkan warna hijau...masukkan sedikit garam ke dalam air mendidih...
    baru masuk pucuk paku...
2. Celur taugeh
...pastikan pucuk paku dan taugeh tidak terlebih masak okay...
...Lepas angkat terus basuh dengan air paip...untuk hentikan proses memasak...
3. Goreng tempe dan tauhu...tauhu goreng dulu baru potong ya:)
******
Bahan B... penyediaan kerisik
1.Bahagikan 1 biji kelapa yang diparut kepada 2 bahagian..
   setengah bahagian untuk kerisik ....setengah lagi untuk jadikan santan....
   * Kerisik dan santan segera???? boleh..tapi anggap je kat kampung tu tak ada jual...
2. Goreng kelapa parut untuk jadikan kerisik atas api yang perlahan..
     Jangan letak minyak okay.... proses menguji kesabaran ni nak buat kerisik...
3. Kelapa parut yang selebihnya..sila perah untuk jadikan santan..
    air sikit je ..supaya santan pekat...dan sila guna air masak sebab
    nanti kerabu ni kita takkan masak... so, santan ala2 mentah gitu..

*****
Bahan C....penyedian untuk menumbuk bahan2

1. Motif nak buat kerisik sendiri??? sebab nak tumbuk sikit je..tak nak kerisik yang
    ada minyak macam jual dalam paket tu...
2. Tumbuk ikut step ya... supaya senang kerja..
     ...tumbuk kerisik...tak perlu lumat sampai keluar minyak
     ...keluarkan kerisik letak dalam pinggan..
     ...pastikan bahan no. 3 kat gambar tu..anda potong kecil2 ..senang nak tumbuk
     ...Tumbuk cili kering dulu, pastu serai,pastu cili padi,pastu bawang..masuk belacan...

****
Proses menggaul bahan2...
1. Letak bahan2 yang anda tumbuk dalam satu bekas besar
2. Masukkan santan
3. Masukkan garam
4. Masukkan ajinomoto
5. Kacau sampai sekata
6. Masukkan pucuk paku & taugeh
7. Masukkan tempe, tauhu

DAH SIAP!!!HIDANGKAN DENGAN TELUR AYAM KAMPUNG...

Boleh ajak ketua kampung datang makan sama2:)
Untung2 dapat jadi anak angkat..
Sila teka? siapa pari2 cantik tu..hehe

Chow....
Catat Ulasan