Tip Penjagaan Tudung


Selepas pakai jangan lupa basuh
Kepada pelanggan Mulawa yang sudah mendapatkan tudung kami yang amat cantik dan berseri itu, tahniahya. Pada masa inilah waktu yang sesuai untuk ke majlis kenduri, kendara dan kembara. Hehehe..Sememangnya tudung yang cantik idaman semua.

Kepada yang menghantar emel, jangan risau. Semuanya akan dibalas dan nantikan sahaja pengumuman tudung terbaru Mulawa yang panas daripada ladang. 

Memang tudung Mulawa sentiasa memberi semangat dan harapan baru kepada anda semua. Kami sentiasa mencipta kelainan dan mahu memberi motivasi baru kepada anda semua.

Haaa...pada kali ini artikel yang akan ditulis lebih serius. Hmm...jangan lari! jangan lari! saya mahu berikan tips percuma kepada anda kerana setia bersama Mulawa yang masih baru ini. Walaupun masih baru, kebanyakan respon balas begitu positif sekali. Terima kasih...terima kasih...

Sebabagai penghargaan, saya akan berikan tip-tip penjagaan tudung yang ringkas tetapi bermanfaat buat wanita-wanita di luar sana. Terimalah...


Tip penjagaan tudung daripada Mulawa Fashion:


1. Ketika membasuh tudung, pastikan semasa mencuci tudung yang dibasuh tidak diramas dengan kuat kerana akan menyebabkannya mudah rosak. Tip menarik- Hanya celup dan angkat itu sudah memadai sebenarnya.



2. Gunakan bahan pencuci bersifat lembut. Kini di pasaran terdapat pelbagai bahan cuci yang mesra cucian. Tip- lakukan cucian kering terhadap tudung anda. Walaupun kadangkala cucian kering tidak bagus, tetapi ia lebih baik daripada tidak mencuci langsung! Hehhehe...



3. Jangan berus atau tenyeh tudung berkenaan. Memadai jika anda mengepal lembut dan celup dua tiga kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.



4. Tudung boleh dijemur di lokasi redup. Ini kerana tudung mudah kering dan senang dijemur.



5. Jika terlalu berkedut, boleh menggosoknya sedikit, tetapi jika masih elok anda pun dapat jimatkan masa untuk membeli -belah...Hehehe..



6. Cara melipat tudung juga perlu betul. Jangan sekali-kali melipat bahagian sengkuap kerana jika sengkuap terlipat, ia tidak akan menjadi sempurna bila dipakai.



7. Sebaik-baiknya, cara menyimpan tudung yang mempunyai sengkuap ialah melipat dari bahagian bawah tudung. Gulung secara longgar dan masukkan ke dalam sengkuap.


Hafal, ingat dan amalkan ya...
8. Jika tidak tahu sengkuap itu apa. Sila tanya lebai google! Hihi...

Sekian terima kasih.....





Catat Ulasan