Ahad ---- I love you , I hate You

Kahkahkah...
Tajuk macam filem Hong Kong  pulak..pelakon? Andy Lau kot atau Louis Koo..
Jangan tanya kenapa semenjak 2 menjak ni tajuk entry aku tak nak kalah dengan Harian Metro..
mungkin sebab faktor cuaca kot ...

So,kenapa kita suke hari Ahad ya? dan Kenapa kita tak suke hari Ahad pulak...
Mengikut kajian aku yang tak diiktiraf ... ( sebab kajian aku ni ikut suke hati aku je..)..
kat bawah ni , aku share 5 faktor yang mempengaruhi keputusan kita samada suke hari Ahad dan benci hari Ahad. 5 faktor berikut adalah :-
(...deejavu tak ayat last tu???? macam ambik kertas SPM kan..atau final exam kat Universiti)

5 alasan suke hari Ahad
1. Boleh bangun lambat ....
2. Boleh keluar g jalan2
3. Tak perlu tengok muke bos kita... yang entah kenapa akhir2 ni bikin kita panas je kan!!!
4. Tak perlu tengok muke lecturer yang kuliah dia...mak aiiii..bosan gilerrrrrrrrr
5. Boleh suke hati...nak makan kat luar ke,nak masak ke,nak tgk tv ke,nak kemas rumah ke.....

5 alasan tak suke hari Ahad
1. Hari last bangun lambat
2. Hari last  keluar g jalan2
3. Hari last tak perlu tengok muke bos kita... esok jumpe bos!!!grrrrrrr
4. Hari last tak perlu tengok muke lecturer yang kuliah dia...
Kat mulut bile jumpe :
Good morning prof ( senyum2 sambil besarkan bijik mate)
Kat hati:
Kuliah prof tak best langsung!!!, mengantuk!!! nada suara prof 1 tone je!!! sdgkan tudung pun ada banyak tone prof!!!..sorry
5. Hari last boleh suke hati...nak makan kat luar ke,nak masak ke,nak tgk tv ke,nak kemas rumah ke...

Nampak tak? nampak tak? nampak tak?
Nampak tak kenapa kajian aku tak diiktiraf... sebab aku suke hati je..
Sebab aku nak senang je , malas nak pikir, so aku lawankan je semua point aku kat atas tu...

Suke hati la....hari ni kan HARI AHAD !!!!
So, jangan stress okay.... malam ni jangan lupe iron baju..tetiba....
Okay..bye
Catat Ulasan