Bacaan Condong Pukul 1

Haha..tajuk, memang ala2 nak beat Harian Metro
Okay....ini sesi bacaan entry ku yang sedikit teleng...atau condong ala2 pukul 1.

Disebabkan aku sedang membaca satu buku  yang bertajuk Real You Incorporated , jadi entry kali ni..tetibew ( haha, ada W) aku nak share dengan korang pasal brand dan tagline....

Saja je..buat inspirasi
my POV , brand dan tagline sangat penting untuk mewakili identiti sesuatu produk...
tak semestinya produk..orang pun ada tagline atau ala2 slogan yang bila sebut je...akan BANG dalam kepala kita..mesti ingat dia...Contoh : AF.....mesti contestant ada tagline dulu2...kadang2 nak gelak pun ada..
Kalau cakap pasal orang dan tagline...aku paling ingat:-
1. Tun Mahathir : Perjuangan belum selesai/ Melayu mudah lupa
2. Barrack Obama : Change we need
( Bajet sangat konon2 kau ada PHD political science kan....contoh politician tu...)

Dan, aku sukakan nama brand yang senang disebut, tak panjang berjela2,tak serabut...dan hanya cukup dengan sekurang-kurangnya 3 sukukata...
Tagline pulak, atau nak sebut slogan pun okay ....... oh! I like yang catchy!!!!.

MULAWA ......
kenapa mulawa ? sebab pada aku ia gabungan 2 perkatan yang membawa makna
MULA + LAWA = MULAWA
agak2 aku campur MULA + WA ke atau MU + LAWA ????
soalan aku ada tak ala2 ....Algebra dan Theorem Pythagoras..hehe...
dan ...aku imagine bila orang sebut Mulawa ..... ada jugak makna yang boleh secara tak langsung kita cakap awak lawa ... Walaupun aku bukan orang kelantan tapi aku suka perkataan ni...
Mu...lawa ( ada makna ) ....3 suku kata..just perfecto untuk aku!!!

Tapi bukan Mulawa pelakon utama entry aku ni...
sebenarnya, aku nak kita share brand popular dan tagline yang femes especially yang ada kat iklan kita selalu tengok...dan off course la, tagline ni akan selalu berubah2...apa yang aku tulis ni, mana yang aku nak tulis je la...kalau diorang "SUDAH TUKAR KA SEKARANG" ..sangat SATHIYA kan..."MAAFKAN SAYA"...yang ni sangat ZIZAN!!!

Malaysia
1. Radio Era....
dulu2 Era Rentak Muzik Terkini....skrg Kini Hanya Memainkan Muzik Hit Yang Terbaik.
...dan aku peminat Radio Era sekarang terutama Adi & Zahid ( walaupun korang tak kisah)

2. Celcom
Power is in your hand ...dan aku akan ingat iklan billboard dia Ini Wilayah Celcom
sekarang ni bile iklan celcom je aku akan ingat iklan celcom yang tanya CUCU dia nak apa dalam bahasa Inggeris.....



3. TV3
Yang ni, banyak ubah slogan....
tak caya? ....ni ha
  • Rangkaian Sukaramai (1986-1993)
  • Berita Terkini Hiburan Sensasi (1993-2000)
  • Duniamu (2000-2004)
  • Pilihan Hatiku (2004-2007)
  • TV3 Disisimu (2007-2008)
  • Inspirasi Hidupku (2008-)

  • 4. Radio Hot FM
    Lebih hangat dari biasa... entah kenapa aku rasa dah tak hangat dah...

    5. Upin Ipin
    betul3x .... atau lagi satu aku ingat " Ayam Goreng"...haha dialog pun ko ingat slogan !!!Ni semua pasal ringtone ayam goreng la....
    ni la penangan branding:)

    Luar Malaysia
    1. L’OrĂ©al   
    Because I’m worth it
    Cuba sebut ala2 Maya Karin ke atau Aishwarya Rai ke... sangatttt rasa ala2 cantik dan meletops kan!!!!

    2. McDonald’s   
    I’m lovin’ it....kalau FREE

    3. Nike   
    Just do it

    4. Nokia   
    Connecting people ... cuba pejam mata, bayangkan gambar tangan salam dan lagu background tu..deejavu sangat!!!

    5. Covergirl makeup   
    Easy, breezy, beautiful Covergirl.... teringat Tyra Banks...

    Dah letih baca tulisan condong pukul 1???
    okay back to Normal pukul 12 balik...

    Sebenarnya banyak la lagi contoh2 lain ...kalau nak baca Klik sini ya:)
    okay..bye!! nak sarapan :)





    Catat Ulasan