Mulawa Market

Kepada pelanggan yang dihargai,

Bermula 16.12.2012 , Mulawa Fashion akan membuka satu photo album di FB kami ...yang akan kami namakan sebagai Mulawa Market.

Tujuan kami adalah untuk menjual produk2 Mulawa Fashion dengan harga yang lebih murah atas beberapa faktor tertentu.

Antara produk yang akan kami jual di sini ialah:-

1. Tudung yang kualitinya tidak sempurna 100% . Dengan erti kata lain, tudung yang mempunyai minor defect tetapi masih boleh dipakai apabila dilipat 2 .
Bahagian yang tidak elok dapat disembunyikan. Contoh :-
-kesan benang yang tidak sempurna ira dan  warnanya
-kesan  tompokan kotor yang tidak dapat dihilangkan
-kesan printed tidak sempurna
-dll

2. Item yang telah dipakai oleh model semasa photoshoot.
Contoh : Tudung yang dipakai sekali sahaja dan mempunyai kesan pin

3. Sample untuk sesuatu design

4. Design lama yang kami ingin habiskan  stok dalam simpanan

5. Barangan yang dijual dengan harga yang MURAH untuk hari - hari tertentu

Diharapkan dengan kewujudan Mulawa Market, pelanggan akan dapat membeli barang -barang dengan harga yang lebih murah dan berpatutan.

Dan pihak kami juga tidak perlu menyimpan barang- barang tersebut tanpa perlu dimanfaatkan.
Kalau masih boleh dipakai, buat apa buang kan?

Sekian, terima kasih

Mulawa Fashion




Catat Ulasan