Novel dan Wanita

Dah lama tak menulis pasal entry bawah label 1001 Kisah Wanita.
Bukan apa.... sibuk jaga ayam ,itik,kambing,lembu,rusa dan ular tedung.....
( Nampak sangat penipunya kan) ..sebenarnya sibuk jaga jari2 tangan je........hehe.

Cerita pasal novel ni....memang banyak sangat kaitannya dengan wanita.
Baik dari segi ramai yang baca novel...ramai yang menulis novel..ramai yang berangan nak jadi penulis novel...ramai yang kaki beli novel....... semuanya banyak wanita je yang terlibat!!!!
Tapi bukan semua la....ramai jugak wanita yang tak minat dgn novel...kan????

Aku??? baca jugak...cuma akan baca novel tu habis kalau tulisannya logik dan menepati citarasa aku..
Kalau novel tak best, lupakan la.............aku lebih rela baca iklan kat surat khabar Harian Metro je!!!
Sebabnya............. ada byk novel sekarang yang jalan cerita dia sama je....BOSAN!!!!

Cerita pasal novel ni....ni antara jalan2 cerita/watak yang selalu kita jumpa dalam novel.
Sebab apa aku pilih 4 point ni??? adala......jom .............

No. 1
Cinta terhalang.............lelaki pergi oversea...hantar surat tapi perempuan tak terima2...sebab mak dia sorok semua surat tu... haha, biasa baca tak???
Zaman sekarang...tak sesuaiiii u olls...suruh lelaki tu pm kat fb /dm kat twitter ke atau emel je...
kecuali perempuan tu gila bagi mak dia simpan password dia..kahkahkah...

No. 2
Cinta terpaksa..... lelaki kaya,perempuan anak driver...kena paksa kahwin dengan lelaki tu...
Oh....betapa bosannya aku baca cerita2 cam ni....kadang2 sebab kena paksa kawin tu sangat la tak logik tahap gaban!!!! nampak sangat direka2...sama macam reka2 muka raksasa yang lawan ultraman tu..

No. 3
Watak hero yang sangatla handsome...
memangla orang akan cakap sape nak baca kalau hero tak handsome..tapi sedang2 sudah...tak payah nak tulis handsome yang melampau!!!
Haha..cerita pasal hero handsome ni..aku pernah baca satu novel penulis dia cakap hero tu lebih kacak dari Brad Pitt... haha..!!!!sekian dan kesian!!!

No.4
Terlalu banyak watak....sampaikan kata2 hati jurujual kat kedai pun nak tulis.
Contoh : sepasang kekasih pergi shopping kat kedai besi buruk...salesman tu cakap dalam hati...handsome jugak pak we dia ni...haha..aku tak suka nak baca2 kata2 hati dr watak tempelan!!!


Ni baru novel !!!!!

Sekian....

Catat Ulasan