L.A.W.A

Lama. Aku.Wait. Awak
Wah..gitu..rasa nak sepak je baca...

Tak de la aku bukan nak cerita pasal akronim..
Tu saje je...introduction...

Lawa...
Mulai hari ni jom kita guna perkataan lawa pulak..
Dah bertahun2 asyik perkataan cantik je yang menang....
Lawa selalu diabaikan...

Mulai hari ni....guna ayat camgini pulak bila bersembang...

1. Lawanya baju kau...bila beli?
Cantiknya baju kau...bila beli?

2. Lawa la header blog ni ...
Cantikla header blog ni...

3.Makin lawa aku tengok kau sekarang...pakai apa?
Makin cantik aku tengok kau sekarang..pakai apa?

4. Lawanya gambar ko ni.... ni masa kau melancong pergi New York hari tu ya?
Cantiknya gambar ko ni.... ni masa kau melancong pergi New York hari tu ya?
 * kelassssskan ayat aku !!! pergi New York ...beli tiket kapal terbang pun tak mampu:)

5. Sesekali, tukar gaya pakai tudung camni lawa jugak ek...
Sesekali, tukar gaya pakai tudung camni cantik jugak ek...

6. Awek ko tak lawa Bro...
Awek ko tak cantik Bro...
* Pang....kena penampar..ayat ni dua dua aku pangkah okay, jangan digunakan sama sekali!!

**************************************************************
 Dan jom nyanyi dengan
Tukar lirik lagu ni  guna perkataan LAWA

Najwa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa

Malique
Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Malique
Oh Inca Medina orang seLAWA nama
LAWA luar LAWA dalam LAWA macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Malique
Ay LAWA luar LAWA dalam LAWA dengar sini
Kalau LAWA senyum LAWA mesti LAWA lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Entry ni perkataan "MU" sengaja aku tinggal... cuma perkataan "LAWA" je aku guna..
Sebab.."MU" tu.... semua yang sedang baca entry ni la...
Hehe..suka hati aku je kan nak merapu kat sini....
So..senyum..tak perlu kata apa2

Catat Ulasan