Asrama...

Sape suka life di asrama?
Suka,tak suka,suka, tak suka,
Suka,tak suka,suka, tak suka,
Suka,tak suka,suka, tak suka,
( sambil lerai2 kan kelopak bunga ros...hehe)

Minggu depan dah start semester baru utk most student degree kan:)
mesti best jumpa kawan2, gosip mosip mak jemah, sibuk beli mangga almari,beli baldi,ada barang hilang.......
okay..life asrama masa "u" mesti la berbeza dgn life asrama masa sek men...
dan ada sesetengah tu, tak duduk asrama pun..tapi sewa rumah dekat2 dengan "u" je kan...

Sebab paling berbeza, asrama  masa sek men...kena ikut peraturan ..jadual pun pack gile..
bosan je kat warden,kat ketua asrama,kat AJK asrama..haha...
tapi ku ikutkan jua dalam keterpaksaan dan kelukaan hatiku....haha....katanya

kalau masa u...jadual, kita boleh plan sendiri:)

Kalau korang yang belajar kat oversea tu camne pulak ya?
best tak?????soalan busy body dari aku..haha

Aku dulu..duduk asrama dari tingkatan satu..
sebenarnya tak suka sangat..tapi apakan daya..ohhhh!!!!!

Cakap pasal asrama masa sek men teringat zaman2 kena g prep,bekejar balik sekolah...beratur pegang tray makan kat kantin....berebut2 mandi kat bilik air...bengang time asrama tak de air...oh!!! tak sanggupkan, tapi tu la yg ajar kita berdikari...
Dan dulu, masa aku form 5...pernah semua budak2 laki..g study malam punya la smart..diorang pakai neck tie pengawas,kemeja,seluar slack bagai...
bila aku tanya kenapa korang semua smart malam tadi????
jawapannya....
sebab diorang bengang kat warden lelaki diorang - asyik ceramah pasal suruh study smart..
haha..nampak sangat nak perli warden tu kan...hehe

Okay, sebenarnya aku just nak wish pada korang semua..
selamat memulakan semester baru pengajian..
first week, mesti busy sikit kan..nak add subject, nak cari bilik kuliah...
nak beli buku ...nak photostat nota..
nak hilangkan homesick...walaupun tak semua, tapi aku percaya mesti ada yang homesick punya sebab dah cuti lama kan... ( kawan aku dulu siap bawak gula dgn milo jampi lagi..bg tak homesick..haha, aku pun takut nak minum)....cerita ni tak tipu okay..

Percaya,tak percaya,percaya,tak percaya
Percaya,tak percaya,percaya,tak percaya
Percaya,tak percaya,percaya,tak percaya
Percaya,tak percaya,percaya,tak percaya
(sambil kira2 batu kerikil tepi jalan raya...)



Catat Ulasan