Kalau sayang jagalah baik-baik...


Lokasi: Pasar Malam
Penjual : Nak apa kak?
Perempuan : Bagi saya kanak2 umur 5 tahun sorang,4 tahun sorang,3 tahun sorang.
Penjual : Nak semua lelaki ke campur-campur?
Perempuan: Campurla...yang 5 tahun tu, bagi lelaki ya..yang 4 dgn 3 tahun tu bagi perempuan..
Penjual: Muka nak yang macam mana?
Perempuan: Bagi yang cantik ya....macam muka saya...
...Cantik sangatttttttttttttttttttt......

Memang situasi di atas tu hanyalah imaginasi semata2
takkan berlaku !!!
Anak2..bukannya boleh dibeli kat pasar malam....
Jadi, bila ada anak.... jagalah  betul2 ya...

Terkejut aku bila nak masuk kereta tadi...
Dalam kancil sebelah kereta aku, ada 3 orang budak kecil2..umur lebih kurang mcm yang aku tulis kat atas tu...
hanya mereka je...enjin kereta masih hidup...sorang duduk belakang,sorang duduk kat driver seat tengah main stereng....sorang lagi tengah main sua-sua muka kat air-cond...

Aduhai..kan bahaya tu...
Janganla ambik risiko tinggalkan anak2 kecik dalam kereta..
Risau aku tengok...

Elok aku reverse kereta je, mak budak2 tu datang bawak plastik penuh dengan polystrene ..
beli makanan tengahari kat kedai makan...
Pendapat aku, susah2 camne pun, elok la di bawak sekali je budak2 tu masa beli makanan..
Tak perlu ambik risiko kot............
supaya dapat elakkan perkara2 tak elok terjadi...

(Tiru iklan Dato'Siti Nurhaliza kat radio Era)
Maaflah ya...kak siti bukanlah nak menyibuk...
Kak Siti tak suka tau tengok mak-mak kecewa kalau jadi apa2 nanti...

Tak de niat nak blame sesiapa..cuma jadikan pengajaran je entry ni okay..
sayangi anak2 kecil:)
kerana mereka.... begitu berharga
(yang ni aku tiru iklan LOREAL)





Catat Ulasan