Tikus...Tetikus...Menikus...

Tikus?
Binatang
....Aku tak suka

Tetikus?
Alat pada komputer yang menerima input pengguna berasaskan sentuhan pada dua butang yang terdapat di atasnya...............hmmm, nampak sangat copy dari google kan:)
...Aku suka

Menikus?
Bungkam
...Aku tak suka

Aku suka tetikus...
kalau tetikus tak de... rasa memang malas nak bukak laptop...
memang fail kalau guna touchpad...kerja 5 minit boleh jadi 15minit....
sendi2 jari telunjuk aku memang manja sikit agaknya...........

Kalau aku bosan2...aku akan terbalikkan arah tetikus ke belakang....
macam gambar yang aku buat frame hitam tu....

memang cursor dia akan jalah entah apa2...dan ini selalu ingatkan aku yang....
hidup kita mesti ke depan...jangan terbalik!!!!

*****************
Dan bila aku google2 pasal tetikus ni..terjumpa pulak info ni...

"Selain itu, peribahasa yang baru dicipta ini juga mendorong kepada merosakkan bahasa, kerana sesetengah daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa sebarang penyeliaan oleh sebarang pihak.

Sebagai contoh (ciptaan sendiri):
Seperti tetikus tanpa wayar / Seperti tetikus lepas tambatan.

Penjelasan:Tetikus dahulu terikat kepada komputer dan tidak bebas bergerak. Bagaimanapun, tetikus moden tanpa wayar bebas bergerak tanpa perlu terikat dengan komputer.

Ertinya: Seseorang yang dahulunya terikat kini bebas hendak kemana-mana sahaja.

Contoh penggunaan: Zaleha kini bebas pergi ke disko semenjak dia keluar dari rumah keluarganya dan berpindah  ke bandar, seperti tetikus lepas tambatan"

Haha...kalau aku jumpa adik aku tulis peribahasa cam ni dalam buku latihan sekolah dia, memang aku ketuk tetikus tu kat kepala dia....


gambar di atas ialah Zaleha di Disko yang mempunyai lampu warna biru:)
Semoga kau insappppp Zaleha....
dan jangan pulak kau pergi disko lampu lip lap cam kat bawah tu....


Catat Ulasan