Hands Free dan Tudung

Hands Free- tak payah guna tangan
Tudung -pakai di kepala

Apakah kaitannya...
Pakai tudung tak perlu guna tangan? MUSTAHIL...

Yang tak mustahilnya,
Tudung boleh menyebabkan wanita berkomunikasi di telefon ala2 hands free gitu..
Pernah tengok?
Aku pernah...
Baru petang tadi...

Lokasi : Kiosk di Giant
Kiosk : Pasembor
****
Aku : Kak bagi Pasembor satu, bungkus..
Pekerja kiosk: Satu? Bungkus? * sambil bercakap di telefon
Aku : ***hmm part ni aku malas nak ulang..sebab dah cakap tadi..jadi aku angguk je
Pekerja kiosk :masih bercakap di telefon sambil menyiapkan bahan2 pasembor utk aku
Aku : Saya tak nak keropok yang ada bijan tu * sbb aku tak suka
Pekerja kiosk : Angguk..sambil cakap di telefon
Aku :Oppsss...saya tak nak keropok tu kak ..*hmm, tak fokus la tu..bercakap kat telefon
..bila dah siap, aku bagi duit dan dia bagi aku pasembor dan baki
..dan pekerja tu, masih bercakap di telefon..
..dari mula proses pembelian aku sampai la dah habis..dia masih bercakap di telefon..

Bagaimana caranya bercakap di telefon sambil menyiapkan pasembor?
Ya...mudah saja..
Hanya selitkan telefon di celah2 tudung anda berdekatan telinga..
Itulah hands free gaya baru utk wanita2 yang bertudung..

Apa aku rasa dengan layanan pekerja tu?
Tak de rasa apa2 pun..
Aku anggap je dia sedang berbincang dengan kontraktor kelas F tentang pembelian bahan2 pembinaan...sebab tu dia sibuk benar...

Jadi, dah nampak kaitan hands free dengan tudung kan?
Apalagi..jom cuba esok...
Ada beran?...

*Gambar sebelah..geng pekerja kiosk tu...



Catat Ulasan