Lingkaran Ubat Nyamuk VS Lingkaran Hitam

Zaman dijajah

A : Kenapa matamu ada lingkaran hitam di sekelilingnya wahai dinda?
B : Oh, ini kerana dinda tidak dapat tidur nyenyak di waktu malam. Takut2 ada askar jepun datang ke rumah dinda.

Zaman selepas merdeka

Waktu sekolah
C : Kenapa matamu ada lingkaran hitam di sekelilingnya?
D : Oh, ini kerana diriku sibuk menelaah mata pelajaran ilmu hisab malam tadi. Aku rela korbankan waktu tidurku....

Zaman selepas tahun 90-an

Waktu bekerja
E : Kenapa mata kau ada lingkaran hitam?macam panda..
F : Hmm... aku sibuk buat kertas kerja malam tadi.Hari ni kan ada mesyuarat.

Zaman selepas tahun 2011

Waktu ??? semua waktu...tiada bezanya
G : Nape ek..mata ko sembab? de lingkaran hitam?cam panda..
H : Tidur lambat daaaa . FACEBOOK...

Satu masalah yang sama..tapi
sebabnya dah berubah...
cara soalan dah berubah
cara menjawab jugak dah berubah..
ejaan... jangan cakapla ..memang dah berubah..

p/s  : ingat tak entry  Oh Dawbewliwyew .....aka Oh W.
aku ingatkan ejaan sowwi..sowy..sowi  ni kira dah vogue abis la untuk gantikan ejaan sorry..
tup..tup..tup..aku jumpa orang eja " coe".... hmmm, naik darah tinggi aku baca..hehe.

coe... entry ni tak de pasal lingkaran ubat nyamuk pun..saja guna utk title entry ni je
coe ya... lagipun sekarang kan dah tak guna sangat..beli ubat nyamuk yang cucuk kat plug jew.
coe k...

coe???? pitamssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss





Catat Ulasan