Panas.Sirap Ais.Bangga.

Masuk kereta je..
Monitor kereta aku akan catat 35 darjah celcius suhu kat luar..
phewwww...

Panas sungguh kan sekarang...
Pagi-pagi dah terasa kepanasan tu.
Tengahari apatah lagi
Kalau rumah atap zink...
memang la mencabar tahap kepanasannya..

Tapi, ni semua kan perkara biasa..
Kat Malaysia ni ada 2 musim je
Musim hujan, dengan musim tak hujan.
dan sekarang ni...musim tak hujan.

Panas-panas camgini..
Minuman berais adalah peneman setiaku
Walaupun aku tau tak elok...tapi aku tetap minum jugak!!!
oh tak dapat aku bayangkan air sirap tanpa ais..
macam laptop tanpa internet kot...
hehe...

Dan panas panas camgini jugak..
aku bangga dengan diri aku dan wanita-wanita bertudung yang lain...
Tetap pakai tudung kan?
sampai pernah kawan2 aku dr perancis dan jerman hairan tengok aku..
relax je pakai tudung walaupun suhu punya la panas...

sebab.... yang WAJIB itu lebih utama dari panas yang hanya sementara ni..
Tahniah kita semua....
Catat Ulasan