Susah senang tanggung bersama


Perubahan berlaku..
Sudah dijangka atau tidak dijangka..
bila berlaku tetap kena tangani jugak


Contohnya..
Kalau minum air bergas itu sesuatu yang biasa
tapi, bila ada ahli keluarga yang ada penyakit..tak boleh minum air bergas
secara automatik ahli keluarga lain kena la buat perubahan.
Sokong ahli keluarga yang sakit tu..
tak minum depan dia
minum sorok2 belakang dia
tak main suka2 letak air bergas dalam peti ais.
atau stop terus beli air bergas.

Atau kalau dulu,
bila dalam perjalanan ..singgah R& R semua turun pergi makan..
semua nak pilih lauk masing-masing..
tapi, bila ada ahli keluarga yang sakit dan sudah tak mampu berjalan
..pasti ada perubahan berlaku..
ya!!! beli nasi bungkus di R&R ...
ada ditugaskan tunggu dalam kereta jaga yang ahli keluarga yang sakit
ada yang ditugaskan pergi beli makanan...
tak de lagi pilih lauk masing..cuma mungkin boleh order la nak bungkus apa..
semua makan dalam kereta...boleh ketawa2 lagi..

Perubahan...
kadang2 membawa kesedihan
kadang2 bawa pengajaran..
kadang2 bawa kebahagian..

Yang pasti...ada keluarga..saling menyokong..
yang sedih pun boleh berubah jadi bahagia..
Catat Ulasan