Ikan dan Wanita

Kalau aku letak perkataan anak kat depan ikan tu, jadi tajuk Harian Metro la pulak kan..
* buat pertama kalinya aku kecewa dengan google image.. sbb bila aku taip anak ikan..yang keluar gambar lelaki... sedangkan aku nak cari gambar anak ikan yg merupakan spesis binatang peliharaan yang betul..hmmm...i kecewa ...cancel beli aquarium

**********************

Apa yang nak aku kongsikan di sini ialah tentang ikan dan wanita.
IKAN...IKAN BETUL...semenjak bila pulak kena tulis ikan betul ni.. aku kecewa lagi..

Cerita pasal ikan..ada 2 perkara yang aku ingin tanyakan pada wanita?

2 sahaja..bukan 3 bukan 115 soalan ya...





1. Pakarkah wanita zaman sekarang dalam mengenal jenis ikan?
ikan kembung tak yah cerita la ..maksud aku
ikan jenahak, ikan kurau,ikan siakap,ikan jelawat,ikan belanak...dll

2. Tererkah wanita zaman sekarang menyiang ikan?
ke terer Bangladesh/Nepal lagi yang kerja dia menyiang ikan tiap2 hari di PASARAYA..

Jadi, berkurangkah mak2 atau anak2 mak yang pandai menyiang ikan sekarang?
Dan , agak2 ada tak wanita yang sepanjang hayatnya tidak pernah menyiang ikan langsung..huhu..

Pendapat aku..walaupun zaman sekarang zaman serba mudah dan pantas..tapi ilmu2 survival haruslah kita ambik tau jugak naaaaaaa..

Jom kita belajar jenis2 ikan yang dijual...
dan klik sini untuk belajar cara siang ikan jugak..
* budak2 lelaki pun tahu siang ikan:)

Lagipun, manala tau kan ....tiba2 terdampar kat pulau amazon ke..
senangla nak tangkap ikan yg boleh dimakan dan siang..
tak de la sibuk berusaha nak menangkap jerung pulak disebabkan tak kenal jenis ikan..
ya!!! sekali lagi aku kecewa dengan perkataan jerung :(

Catat Ulasan