Nak Tolak ke Nak Tarik?

Kalau ada bro hensem nak terjatuh dari tangga depan kita..
Nak tolak ke nak tarik? * hensem la sangatttttt

Kalau ada pak cik tua gatal nak terjatuh dari bangunan depan kita..
Nak tolak ke nak tarik?

Okay...sangat tak baik soalan ni..
tak de ciri2 nilai murni langsung..
**********

Tolak dan tarik / Pull & Push
2 perkataan je..
selalu jumpa di pintu -pintu kaca...
dekat Petronas, Shell, Seven-Eleven,Poslaju...dll

Masalahnya, masih ada jugak yang tersalah bila nak masuk atau nak keluar...
Confuse kan...nak tolak ke nak tarik...
Itu yang kadang2 gedegang  bunyi dia bila tersalah..memang menarik perhatian orang2 lain yang ada di situ..

Cara elakkan? Senang je..BACA perkataan yang ditulis di pintu tu sebelum masuk/keluar
Kalau tulis tarik..tarikla.....
Kalau tulis tolak..tolak je..
kan mudah..
amalkan membaca dulu sebelum masuk..
Jadi otak akan bg arahan pada tangan sama ada nak tolak atau nak tarik..

Kalau tak de tulis camne?
Ko jampi je pintu tu......

Wah...sains sangat kan entry aku kat atas tu.
Tapi tang part jampi tu sains ke? terang lagi bersuluh tahyul...

baca dulu dan baru buat keputusan nak tolak ke nak tarik...
Jadi, sila amalkan okay......confirm tak confuse dah lepas ni..
Jangan main redah je....

Say no to "GEDEGANG"
Percayalah, dgn cara ini ..supplier2 pintu kaca dapat membuktikan yang barang keluaran mereka bermutu tinggi dan tahan lama....hehe...

* Kerana...otak kita juga bermutu tinggi.
Catat Ulasan