Oh My English

Kalau korang semua pernah baca entry aku yang lepas,
mesti ada terbaca pasal class mate aku dalam kelas bahasa Inggeris buat ayat camgini
" my brother can carry a car" ...
* ni kes direct translation dari kamus Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris.

Tiba2 malam ni....
dengan keheningan malam..
Angin bertiup kencang di luar, tanda nak hujan..
Kain dalam mesin basuh ...tengah spin...
terasa nak share pasal ayat2 bahasa Inggeris yang kelakar pernah aku dengar..hehe

1. Ayat ni ...room mate course architecture yang cerita pada aku...
Class mate dia pernah buat ayat macam ni...
Water-water in the world is not enough
* Suka hati tahap terbaik sangat ayat tu kan .... Ingat bahasa inggeris ada  perkataan 2 kali buat sempang tu ke ? ... aku lem**** karang. Okay, aku bergurau :) haha

2. Ayat ni..sama jugak.dari cerita room mate aku kat atas tu
Aku pun tak tau kenapa class mate dia ramai yang kelakar2.ayatnya ialah
She is just passed away by my village
* Ni bukan tahap suka hati dah ....ni tahap terkejut..hehe
Sebenarnya, dia nak cakap  She is just passing by my village   ....

3. Ayat ni..dari orang yang rapat dengan aku
dia nak cakap " kau ni lembap betul"
di sebabkan tak tau nak cakap lembap dalam bahasa inggeris.. dia tanya aku boleh tak cakap camni..
 You are moisturiser
* Hmmmm.....nak pengsan aku dengar !!!
pasal produk kecantikan pun dia boleh terpikir nak buat ayat camni..kahkahkah
Kalau ayam faham, ayam pun terkejut :)

4. Ayat ni... kawan aku dengar di KL Sentral.
dia tengah tunggu aku yang naik train datang....bila aku sampai je , dia tergelak2 tak sabar nak cerita dekat aku... sambil cerita, sambil gelak...tak habis cerita , dia dah gelak sampai aku pun tak paham apa yang kelakar sangat..
Ceritanya , dia dengar ada seorang pelancong berbangsa inggeris tanya soalan dekat sorang mamat yang duduk dekat dgn dia masa tu...

Pelancong : Excuse me, may I know how  to go to China Town?
Mamat tu : Terkial2 nak jawab..dan akhirnya dia jawab " China Town is nothing" ..
Binggo ....huhu...kawan aku yakin sgt yang sebenarnya mamat tu nak cakap dia tak tahu nak cakap macammana nak ke China Town..heh ... entahlah..sampai sekarang aku dapat ingat teruknya kawan aku ketawa masa tu...

Sumber inspirasi bahasa inggerisku ...class tak Maria ????
Cukuplah empat je kot aku share...nanti kalau memori aku teringat lagi, aku buat lagi entry sambungan pasal ni ya...
Korang jangan salah sangka pulak, aku tak de niat langsung nak perkecilkan orang yang tak dapat nak berkomunikasi bahasa inggeris dengan baik...
anggapla ni entry santai saja yang pastinya dari kisah benar.

Ambil yang positif saja..... iaitu, tingkatkan kemahiran bahasa inggeris kita..
dulu masa kerja, disebabkan aku kurang fasih bahasa inggeris, bos aku pernah tanya aku " Are you sure ... you are graduated from University? " You even cannot speak English properly .... ayat sentappppp sangat masa tu....




balik rumah..terus aku lari masuk bilik , bersimpuh hujung katil atas lantai..sambil letak kepala atas katil dan nangis teresak2  dua jam...lepas tu aku mandi, dan makan nasi lauk telur goreng letak kicap..hehe

Esoknya, aku berazam untuk pandai  berkomunikasi dalam bahasa inggeris dengan bagus.
Berazam untuk belajar semula bahasa inggeris...............
dan akhirnya aku berjaya jugak walaupun tak sebagus mana la kot... Yang penting boleh bercakap bahasa inggeris ..... dan resign dari company bos aku yang ________________(isikan tempat kosong)

 .....Siaran tergendala .........




Catat Ulasan