Pen dan Gelang Getah

Ada 2 benda yang kalau ada dengan aku mesti hilang punya.....
Memang takkan boleh buat harta..

1. Pen
2. Getah ikat rambut

Asal beli mesti hilang.
Beli hari ni, esok hilang, beli esok, 3 hari lagi hilang..
beli tahun ni...tahun lepas hilang..ehhhh???
sampai aku pun dah give up...

Dulu, masa sekolah menengah/Universiti memang selalu la aku spare pen banyak2.
tetap hilang jugak...hmmmm
dahla pen memilih... mesti setia denga satu jenama je.. biasanya Pilot warna hitam.
Penyelesaiannya..memang tak de.memanjangla kena beli baru.

Getah ikat rambut pun satu hal.
Beli sebundle pun hilang.
Baik yang lip lap..berbunga-bunga, bereben-reben tetap hilang...
Haaa... yang ni ada penyelesaiannya.
Samada aku gunting rambut pendek atau aku ikat guna getah gelang je..

Getah gelang tak perlu beli..
beli sayur kangkung pun dapat gelang getah...



Deejavu tak tengok gambar tu? Apa yang anda ingat?

1. Main tuju2 kena getah
2. Main lastik2 orang /binatang
3. Buat rama2 letak getah kat jari
 Dan akhir sekali ..main zerofine * entah betul ke ejaan ni?
insapppp sangat kan..terlompat2 pakai baju sekolah main zerofine.
Nasib baik zaman tu tak de YOUTUBE..kalau tak malu satu dekad.ahakssss
Catat Ulasan