Tak Gusar

Kalau Dato' Siti Nurhaliza guna Galau
Aku nak guna "gusar"

GUSAR..
Rasanya perkataan ni jarang kita guna betul tak?
Pernah ke kita cakap pada member2 kamcing kita...
1. Jangan gusar ya... ko mesti boleh buat punya..
2. Hoi..buat apa termenung tu? apa yang ko gusarkan
3. Tak yah nak gusar2 sangat la.....
4. Ko tengah gusar ke? ada aku kisah?
5. Hello... ko okay ke? saja nak check..sbb aku tgk ko cam gusar je kat ofis tadi

HUHU..
Kalau ada la member2 yang cakap macam ni..memang tabikla..
sekurang2 nya ada jugak perkataan ni disebut ...dari dok berhabuk dalam kamus DBP tu je

Dan sebut pasal DBP ni..
sedarkah kita yang perkataan gusar ni selalu kita ingatkan maknanya sebagai bimbang.
Tapi sebenarnya bila bukak kamus maknanya marah...
Haa.... tahniah utk yang dah tahu
dan tak tahniah utk yang masih tak tahu.

Kalau tgk di link ni... ada info soal jawab macam ni...
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=gusar&d=10
Saya agak terkeliru dengan perkataan 'gusar' kerana selama ini setahu saya ia berkaitan dengan perkara-perkara yang memberikan gambaran risau, susah hati, dan sebagainya. Tetapi semasa saya merujuk kamus dewan, maksud gusar adalah berang, marah. Boleh encik komen.Saudara,
Di dalam Kamus Besar yang sedang diusahakan penerbitannya oleh DBP, perkataan risau, susah hati dan sebagainya telah dimasukkan sebagai makna bagi perkataan gusar selain makna berang dan marah.
Makna04.03.2010

 2010 tu masa jawapan ditulis... so, bolehla guna gusar utk bimbang jugak kan...

Jadi , usah gusar bagi mereka yang baru tahu sedikit info pasal perkataan gusar ya.
Sebab kalau anda tak tahu pun takde sape nak gusarkan anda...

Sekian, dari Cikgu Bahasa Melayu yang tak gusar...
Siti Nor Gusar Bte Gusarano



Catat Ulasan