Tips Beli Borong-Baju

Ada sesiapa yang first time mahu berniaga baju?
Kalau nak berniaga mestilah kena beli borong kan...
Di sini, Mulawa nak share tips yang mungkin berguna untuk anda dapatkan apa yang anda mahu semasa membuat pembelian borong di kedai2.... kedai2 mana?..kedai2 borong la...hehe, jawab sendiri!  * Bukan kedai online k :)

Sebelum start, anda perlu tahu biasanya kedai2 yang menjual secara borong ini mempunyai undang2 mereka sendiri. Contohnya, mereka akan menetapkan perkara berikut :-
1. Minima pembelian...
2. Boleh pilih saiz atau tidak..
3. Boleh pilih warna atau tidak
* atau mereka akan guna segala cross bagai antara 3 perkara berikut..

Contoh perbualan :-
Kita : Hai Bos, design ni berapa ya?
Kedai Borong : Ini RM25/pcs..ada 6 warna..U kena angkat 6pcs
Kita : Boleh pilih saiz? sbb customer  I ramai yang tak slim
* maaf, terpaksa guna statement kurang ajar demi mendapatkan saiz besar2:)
Kedai Borong : Tak boleh la....saiz sudah packing, nanti bos marah
Kita : Ala..bolehla.. nanti laku I datang lagi...
Kedai Borong : Bolehla... tapi u kena angkat 2 warna saja... baru boleh pilih  2 saiz..
hmmm... nampak tak ? cross bagai dia...

Jadi yang kita boleh beli ialah 2 warna x 3pcs
sebab minima tadi dia cakap 6pcs..
dan 2 saiz..
senang cerita : kalau beli semua saiz dapat semua warna, kau nak sangat saiz besar..saiz kecik tak nak, so dapatla 2 warna je kannnnzzzzz....

Okay, satu perbualan je contoh Mulawa bagi hari ni.....

Jadi tipsnya ialah :-
1.Kemahiran untuk kita cross bagai jugak..
dia cross bagai..kita pun cross bagai..
hehe..tapi biasanya kalau anda first time beli dgn dia..peratus berjaya adalah rendah..
kecuali anda bernasib baik  :)

Tak pe, Usaha tangga kejayaan..
1 tip . 1 contoh perbualan..cukup la kan...

XOXO...
Miss Tips bukan Tipah
Mulawa




Catat Ulasan