Apa Pun Tak Tahu....

Aku pernah dengar orang lelaki cakap macam ni..

Untung la workshop repair/service kereta sekarang.
Sebabnya? ramai pemandu kereta sekarang ialah wanita.
Tambah-tambah yang memandu kereta baru..wanita la kan.

Yang tersiratnya?
Wanita tahu pandu kereta je... yang lain ,kurang tahu.
Kereta ada masalah je, hantar workshop..
kalau kena tipu pun..bayar je la:) ... huhu..statement penuh bara kan.
tunggu kipas dengan tudung periuk je..terus keluar api.hihi..

Jujurnya, ada betulnya jugak statement tu.
Tayar pancit? call mekanik..takkan nak tukar tayar sendiri kan?
sebab..tak tahu nak tukar! Okay, aku mengaku ...tak tahu nak tukar tayar.
dari tukar tayar sendiri..baik aku memasak ikan kembong masak asam pedas...

Lokasi : Worshop Kereta
Aku : Tauke , tayar u jual kat sini berapa RM ya?
Tauke : Ikut jenis tayar dan saiz la.... tayar u saiz apa?
Aku : terus jammed..rasa nak lempang je mulut sendiri..kenapa la tanya soalan tu kat tauke tadi
* sebab , aku tak tahu saiz lebar dan tinggi tayar sendiri..
YANG AKU TAHU .....TAYAR KERETA AKU ADA EMPAT.KAHKAHKAH....

Catat Ulasan