Bakery

Kedai wajib singgah aku bulan ni.
Semenjak dua menjak ni entah kenapa...
roti dan cheese tart selalu je terbayang dalam kepala aku ni ...
Samada perut atau tekak yang panggil itu aku kurang pasti ..hehe

Nampaknya kuasa nasi macam dah kurang power.
adakah disebabkan aku bakal berhijrah ke Eropah tak lama lagi????
Nice...teruskan berangannnnnnnn....
berhijrah la sangat kan...

Credit gambar kat  blog ni :-
http://zizahcatering.blogspot.com/2012/06/blueberry-cheese-tart.html

Okay... ni la yang selalu memanggil-manggil aku tu..
Blueberry Cheese Tart
Memang heaven kalau dapat makan...Aku suka...
lagi suka kalau dapat makan blueberry cheese tart yang dijual di PKNS Shah Alam tu.
memang sedap..tapi dah lama tak pergi sana..dah bertahun kot..entah kedai yang jual ni ada lagi ke tak , aku pun tak tahu...

Terliur tak tengok gambar tu?
Aku???? mesti la tak...
sebab, tadi aku pergi bakery laaaa...
beli cheese tart ni..hehe.
walaupun tak dapat menandingi kesedapan cheese tart kat shah alam tu...yang pasti,
 tetap sedap jugak kalau dah namanya blueberry cheese tart...

Entry ini ditulis oleh peminat tegar Blueberry Cheese Tart ...aku:)
Catat Ulasan