Janji manismu

Ini bukan cerita pasal Aishah masuk bertanding pilihanraya umum 2013.

Ini pasal janji masam seorang pekerja syarikat penghantaran . * bukan poslaju
Aku tak suka nak cakap syarikat penghantaran yang mana satu..
sebabnya pada aku, syarikat tak salah pun..
yang salah staff syarikat yang tak de komitmen kerja:(

Dari semalam aku call nak check barang..
Nak tunggu diorang angkat, sama la macam nak tunggu bayar tol masa musim balik kampung hari raya...

Semalam
Aku  : call lebih 5 kali
Staff : Maaf encik, sekarang dah pukul 5.11minit..kalau cik nak call barang kena call sebelum pukul 5
Aku : Okay, esok saya call balik...

Hari ni
Aku : Call pagi..tak berangkat, Call petang pulak...lepas lama menunggu baru la berangkat

Aku : Saya nak check barang saya yang hantar ke sabah
Staff : Kalau Sabah cik kena call no ni...

Aku : call lagi no baru pulak.... cam biasa, lepas dah lama try baru berangkat
Staff : Boleh cik call no ni tak ?
Aku : Tapi tadi , saya call staff mula2 tu suruh call no  ni cik...
Staff : Tak pe saya transfer kan..
Aku : Haha...sengaja aku tunggu lama2 kat tel tu..tak nak give up letak tel :)
Staff : Maaf cik, tak de orang jawab la ..cik ambik no ni ya ... dia yang in-charge
Aku : Okay * mode malas nak kurang ajar

Aku : call no baru dia bagi pulak...cam biasa, aci kerat jari kalau cubaan pertama berjaya kan
Staff : Ya , cik... boleh saya bantu
Aku : saya nak check barang saya hantar ke sabah
Staff : Kalau cik nak check barang ke sabah , kena call no ............
Aku : saya tak nak call no lain dah..dah cukup 3 nombor  saya call!!!!* masa ni serigala jadian aku macam ala2 nak datang dah..tapi aku control ..hehe
Staff : sepatutnya cik kena cakap dengan cik *** ..dia yang in-charge
Aku : Ya, saya dah cakap dgn dia tadi ....dia yang suruh call no ni ...Boleh tak encik tolong check kan barang saya ni... saya mmg tak akan call no lain dah...
Staff : tak pe cik bagi details alamat penerima, nanti saya saya pass pada person in-charge...boleh bg no tel cik
Aku : * bagi dia no tel aku ... bila dia akan call saya ya ? hari ni kan?
Staff : Ya, cik ...hari ni akan call update cik

dan sampai la habis office hour..tak de sape call aku ...
memang aku dah expect pun!!!
Janji masam....
Kerja... kalau tak dijalankan dengan penuh tanggungjawab..macam ni la jadinya

jarang aku nak meluahkan perasaan tak puas hati kat blog ni..
sbb aku ni boleh masuk kategori orang yang cool dan malas nak gaduh2
tapi..bengang jugak jadi camni ...

Nak telefon esok... cuti la pulakkan..
JANJI MASAM!!!

Tengok kartun lagi best..dari dengar janji kartun:(
Catat Ulasan