Jarum Peniti/Kerongsang/Tudung

Nak pakai tudung..kena la ada kerongsang dan jarum peniti..
jarum peniti tak de pun tak pe..yang penting kerongsang mesti ada..kannnnnzzz uols?
* pengsannnnnnnn dan pitamssssssss tengok ejaan aku ni

Tambah-tambah yang pakai tudung bawal...
mahu menangis kalau tak jumpa kerongsang untuk dipin bawah dagu..
Habis tu kalau tak jumpa jugak kerongsang?
stapler je tudung tu bawah dagu..atau salotape ...kau mampu? hehe

Dulu-dulu kan masa sekolah...
selalu tengok cikgu letak jarum peniti kat tepi lipatan tudung kiri kanan...
sekarang ni ada lagi ke rasanya orang letak jarum peniti kat kiri kanan tu?
dah kurang kot... wanita zaman sekarang ..main lipat je tak letak peniti.
Agaknya dulu2 fabrik tudung banyak yang licin kot..
sekarang ni..yakini lipatan anda! tak perlu jarum peniti bagai:)

Eh....Korang ada bekas letak jarum peniti dan kerongsang ke?
ke main bertabur je semua benda ni..
beli hilang, beli hilang..hehe..aku la kot..
baiklah saya mengaku! saya memang suka menghilangkan kerongsang dan jarum peniti:)


So, ada sesiapa macam aku tak?
yang tak suka kerongsang jurai-jurai...
mahu aku menangis hentak2 kaki kalau kena paksa pakai kat bawah dagu aku..huhu



Catat Ulasan