Kain Batik dan Wanita

Lokasi : Dalam rumah
*******
Situasi 1
Mak : Kau nak tak mak bagi kain batik ni?
Anak : Tak nak la mak.....
Mak : Laaaa.... mak nak bagi ni, cantik ni...
Anak : Kalau mak nak bagi boleh je.....

*******
Situasi 2
Mak : Kau nak tak mak bagi Shawl Tribal ni?
Anak : Nak mak!

Haaaaaa
Nampak tak ?
Situasi no. 2 tu, tanpa ragu2 terus kata nak ....
Kalau kain batik ...............hmmm..

Berapa ramai agaknya anak-anak dara sekarang yang masih pakai kain batik dalam rumah?
mesti tak berapa nak ramai kan....
Sebabnya, kat dalam rumah mesti ramai yang pakai seluar tribal gitu..haha
* Mode : nampak seluar tribal kat pasar malam .....

Mengaku je lah... memang kain batik ni dah ramai wanita2 muda sekarang kurang pakai..
Antara sebabnya?
1. Tak reti pakai..
2. Buat apa nak pakai...
3. Perlu ke pakai
4. Tak nak la pakai

Hehe..betul apa sebab2 tu..
Daripada aku senaraikan sebab contohnya macam... seiring peredaran masa, kurang kesedaran..hoho..
rasanya empat jawapan di atas lagi jujur dan berani!

Lokasi : Tepi peti ais dekat dapur
***********
Situasi 1
Mak: Senaraikan cap kain batik yang kamu tahu selain batik ayu, 3 serangkai dan cap semut..
Anak : Maaf, mak...saya tak tahu, yang mak cakap cap2 tadi pun saya baru tahu ..huhu
jangan la mak cap saya anak derhaka sebab tak tahu ya:)

Situasi 2
Mak : Senaraikan jenis2 tudung yang kamu tahu?
Anak : Shawl tribal, bawal paisley, 2 tona, 3 tona, bawal obama, half moon, bawal tona tribal  ...
phew.. fasih dan lancar lagi terbaik bagi jawapan kan...

Cuma 1 benda je tak terbaik kat si anak tu * mode: muka ala2 nak mengumpat

..........Tak sebut tudung Mulawa pun kat jawapan dia

Sentapppppppppppp!

Catat Ulasan