Lelaki dan Tudung

Apakah tudung boleh dikaitkan dengan lelaki?
Ya boleh :)
Tak percaya? tengok fakta di bawah....

1. Bila lelaki menjual tudung
2. Bila lelaki membeli hadiah tudung untuk diberikan kepada ibu /isteri/kakak/adik
3. Bila isteri menggunakan duit suami untuk beli tudung
4. Bila tempat kerja suami jadi tempat untuk menerima tudung yang dibeli secara online
5. Bila suami marah sebab isteri asyik beli tudung.
hehe

Antara 5 di atas, no. 1 tu menarik untuk dibincangkan.
Antara kelebihan lelaki yang menjual tudung :-
1. Mereka ada tenaga yang lebih dari perempuan..dan senang nak angkat stok.
2. Mereka ada kuasa tarikan memujuk pelanggan membeli.... tambah2 kalau jual kat Pasar Malam..
3. Mereka unik / senang popular kalau tiba2 dalam group online jual tudung tu semua perempuan.
4. Mereka akan jadi lebih unik kalau semua hal pasal tudung mereka tahu... kalahkan perempuan.
5. Mereka akan buat perempuan kagum dengan mereka..seterusnya beli tudung dgn mereka:)


Betulkan...
lelaki juga boleh dikaitkan dengan tudung.

Lokasi: Pasar Malam
Penjual tudung lelaki : Beli tudung dik, abang bagi special discount.tudung baru ni dik.
Aku : Tudung apa abang jual ya?
Penjual tudung lelaki : Semua tudung abang jual .... tudung saji je tak jual dik
Aku : Okay, saya nak tudung saji :)

Tahniah lelaki!
Kalau ramai perempuan memasuki kerjaya dunia lelaki..
Tiada salahnya lelaki pun menjual tudung.
Pasti dunia perniagaan tudung akan jadi lebih meriah ...
Ada lelaki nak beli tudung borong ? pm saya ya:)..hehe


Catat Ulasan