Muka Baik Aku.*Perasan

Haha..
statement berani tak ingat kan cakap muka baik...

Okay, straight to the point.
Tak tau kenapa..bila aku ke ATM, aku selalu jumpa situasi ni:-

1. Makcik: "Nak, boleh tolong makcik masukkan duit ni kat mesin" Nak hantar untuk anak makcik..
2. Pakcik : "Nak, boleh tolong pakcik tak ?... pakcik tak reti nak masukkan duit kat mesin..
3. Bangla/Nepal : Excuse me... tolong saya ambil duit boleh?

Dan alangkan bestnya..kalau Bangla/Nepal tu cakap... excuse me, awak nak duit saya? hehe...yahoo.
Pastu dia cakap..kalau nak, awak ikut saya balik Nepal.... yahoo, terus aku cabut lari..
Okay, bergurau je....iklan sampingan:)

Situasi No. 1 dan No. 2 tu paling aku suka..No. 3 pun suka jugak.
Tapi No.1 dan No. 2 tu paling menyentuh hatiku..tiba2 drama slot akasia pulak kan.
Bayangkan , makcik dan pakcik yang tak reti nak masukkan duit ke cash deposit machine, tapi tetap jugak pergi ke bank kan.... demi anaknya yang tercinta!
Mesti anak dia cakap...mak, saya nak pakai duit...boleh tak mak masukkan cepat..huhu.

Hmmmm..tak mau sedih-sedihla..
Yang penting, bila dah besar....kita balas jasa mak ayah kita ya.
Gembirakan hati mereka sangat besar maknanya.
Kalau susah sangat nak gembirakan, jangan sakitkan hati mereka pun dah cukup.

Okay, berbalik pada situasi di ATM...hehe
Biasanya, aku akan ajar makcik dan pakcik ni ... Bangla/Nepal pun aku ajar jugak.
Sebab pada aku, biar diorang tahu jugak camne nak gunakan..
mana tau, nanti bulan depan diorang g bank lagi...

p/s : contact no pakcik dan makcik tu aku tak de, contact no. bangla/nepal tu aku ada..korang nak?



Catat Ulasan