Sesak Itu Seksa...

Seksa itu bila sesak .heh

Bukan sesak duit yang nak diceritakan.
Sesak orang sesak..

Hmmm... ada yang sama macam aku tak?
tak suka bersesak2..sebab tu tak suka pergi pasar malam.
tapi suka makan makanan dr pasar malam..
laksa,sate,murtabak,nasi kerabu tak nak budu,air jagung.... oh sorga:)

Dan sepanjang pengalaman aku, ada 2 waktu sesak yang aku tak boleh tahan..
kalau boleh, masa tu rasa nak bukak kepak jadi garuda betina:)
*kepak tu nak request warna pelangi ...hehe

1. Beratur nak masuk tengok F1 kat Sepang
2. Beratur keluar dari balik tengok concert kat Stadium

Dan lepas tu terus aku insappppp.
tak nak pergi dah....
kelas tak maria? pergi concert dengan kembar aku ....masa tu tengok artis kegemaran aku dari Taiwan.
Tak beringat katanya pergi concert lagu2 mandarin..
minat punya pasal pergi jugak la ...walaupun yang bertudung ada berapa kerat je termasuk aku!

Okay, itu cerita lama..
sekarang ni aku lebih rela tengok semua benda di TV/Laptop je...

Ala2 komunikasi 2 hala gitewww bila tengok skrin depan mata je..





Nak tengok sambil baring?
sambil lipat baju?
sambil makan nasi lauk kicap dengan telur goreng sikit lagi nak hangus....
tak de sape nak heran...
dan tak de sape nak kacau..

Yang penting, lepas habis rancangan kat TV/laptop terus tutup...tak payah nak beratur bagai atau jadi garuda betina.....kannnnnnnn

Catat Ulasan