Air Mata dan Wanita

Arghhhhh... drama sangat.
Asal air mata je wanita.

Ada 3 situasi yang boleh mengundang air mata wanita.

1. Sedih
2. Gembira
3. Kupas bawang.heh

Yang tak tahan tu, gembira pun boleh keluar air mata kan.
Biarlah...takkan nak ketawa memanjang bila gembira.
Sesekali gembira sambil keluar air mata confirm nampak ayu gitu :)
* tahap ayu tu ala2 gaya berpusing ..pastu rambut panjang mengerbang di sapa angin bayu... ...filem hindustan sangat kannnnn............... sambungan dia... lepas tu petir menyambar..hehe

Lagi best, ada lelaki cakap air mata ni permainan wanita...
Saje je gunakan air mata sebagai senjata untuk melemahkan lelaki.
Ya ke? jom kita test ramai2 nak .... tengok air mata sapa dapat ranking no. 1 diiktiraf sebagai senjata.

Lokasi : Dalam rumah
Isteri : Abang, saya nakla beg tangan Fendi  dengan Chanel hari tu yg kita nampak kat  Pavillion..
Suami : Apa awak ingat saya cap duit ke?
Isteri : Bila masa saya cakap abang cap duit? tak nak belikan tak pe la..tapi janganla main tuduh2 saya fitnah abang cap duit ..* sambil nangis keluarkan air mata...
tuuuuu diaaaaaaa .... senjata dah mai dah...
Suami : Okayla... pergi ambil duit dalam laci saya tu..beli sapu tangan tiga RM10 kat Pasar Malam buat kesat air mata

Senjata tak berkesan?
Mungkin kena guna air mata yang berwarna pulak kot .....


Catat Ulasan