Basuh Kereta


Aku mengaku.
Kereta lelaki lebih bersih dan kemas dari kereta orang perempuan.
Patutla ada yang cakap, orang lelaki jaga kereta macam jaga bini.
Aku? okay aku perempuan dan aku ada kereta.heh.

Bab2 jaga kereta, kilatkan kereta,basuh kereta,kemas kereta... dan macam2 lagi ni
memangla aku FAIL. Bukan setakat FAIL dapat D tapi dapat FGHIJKLMNOPQRSTU....

Dulu, pernah jugakla rajin, basuh kereta sendiri.
Weekend je basuh kereta..konon riadah la kot. tapi ni cerita suatu masa dulu la..
suatu masa sekarang? hmmm.... memang tak de la.
Tambah2 lagi dok sibuk berniaga online ni...nak stop carwash basuh kereta pun aku malas....

Kadang2 ada jugak aku mimpi kereta nangis2 mintak aku basuh dia..
Tapi aku lantak je... kereta mana ada perasaan..
nangis konon. PROPA je.

Tapi aku kadang2 ada perasaan jugak.
Perasaaan malu ...bila yang berhenti sebelah aku dekat lampu isyarat tu..
kereta sama jenis dgn kereta aku tapi bersih berkilat..lagi malu kalau plat no dia, lagi lama dari plat no kereta aku.dan lagi malu kalau driver dia lelaki... hoho. masa ni.. apa lagi..
aku akan konon2 buat2 termenung letak tangan kanan dekat pipi.
hehe..sembunyi wajahku yang cantik jelita ni :) kata kau!
Nama je perempuan . tapi kereta..azabbbbbb...

Tetap perasan kot2 la driver tu tgk kereta aku yang tak berkilat tu...
walaupun sebenarnya mungkin dia tak tgk pun sbb dia tgh sibuk makan keropok twisties masa tu.

Dan hari ni, setelah 3 kali mimpi kereta aku menangis..
dengan penuh rasa malas, aku stop jugak carwash. malas sangat kan..padahal bukan aku yang basuh pun.hehe

Dan yang paling tragik nya, masa nak bayar ...pekerja tu cakap..
maaf lambat , ada byk sampah kecil2 tadi..tu yang lambat vacuum..

Rasa nak lempang je dengar....
Bukan lempang pekerja tu, tapi lempang diri aku..hehe



Catat Ulasan