Beli Borong Tudung Bawal Kosong Cop Butterfly di Mulawa Fashion


Tudung Bawal Kosong.
Ada juga yang panggil Tudung Bawal Plain.
Sama je kan :)

Kalau sebut tudung bawal kosong, yang paling popular tentulah tudung bawal kosong brand kangaroo. Ramai yang jual dan ramai juga yang beli brand kangaroo ni. Pilihan warna-warna terang dan pudar memang boleh membuat peminat tudung bawal kosong  jadi rambang mata. Aku saja ada lebih dari 30 koleksi peribadi bawal kosong kangaroo ......suka:)



Baru-baru ni, terdengar pulak yang tudung bawal kosong kangaroo dah naik harga. Bila pembekal naikkan harga, peniaga pun terpaksalah naikkan harga juga. Bagi aku, kenaikan harga barang perkara biasa walaupun aku lebih suka kalau harga barang masih sama seperti dulu.

Aku faham, kadang-kadang pembekal menaikkan harga bukan sekadar disebabkan faktor mahu untung lebih sahaja. Ada banyak faktor lain yang mempengaruhi jugak kan. Itu hak mereka.Yang penting terima sebarang perubahan harga dengan positif dan cuba cari alternatif lain sekiranya ada.

Sebagai peniaga dan pembeli * aku memang peminat tegar tudung bawal kosong selamanya :)
aku mencari alternatif tudung bawal kosong  brand yang lain selain kangaroo juga walaupun still suka dgn brand kangaroo tu . Masalahnya, yang aku jumpa kualiti tudung mengecewakan. Antara yang tak memuaskan hati aku ialah :-
1. Bidang tudung yang sedikit kecil... tengok pun dah tahu bidang tak sampai 45 inci
2. Tekstur kain yang kasar dan keras...... Bagi percuma kat Robot pun, robot tak nak.heh
3. Jahitan jahit tepi tudung yang "pemalas" .... maknanya tak cantik la...

Dan, usaha mencari tudung bawal kosong yang lain selain kangaroo diteruskan.
Dari Australia.................aku terbang menggunakan MAS dengan tiket ekonomi ke China. hehe..okay, yang ni tipu walaupun aku teringin sangat nak berjalan atas Tembok Besar China tu.
Binggo ! .......aku jumpa tudung bawal kosong brand Butterfly

Memang puas hati :)
1. Bidang tudung 45 inci
2. Tekstur kain ... lembut dan senang dibentuk ...setanding bawal kosong kangaroo
3. Jahitan jahit tepi ......cantik
4. Square yang tip top... bila dilipat dua untuk dijadikan 3 segi "LULUS"


Dan yang penting, bila pakai..............aku sangat puas hati
Jadi untuk penggemar tudung bawal kosong, bila terdengar /lihat tudung yang ingin dibeli ialah tudung bawal kosong brand Butterfly , jangan ragu-ragu okay.
Beli saja dan confirm produk yang dijual kualitinya adalah standing dengan yang biasa anda beli.
* melainkan kalau ada yang "fake" la ...mana tau kan....

Kalau anda dah biasa guna ubat gigi Colgate, bila guna ubat gigi Darlie...fungsinya masih sama.. betul tak? Yang penting kualiti setanding ....
wahhhhh....anologi sangattttt :)

Jom tengok gambar brand Tudung Bawal Kosong brand butterfly

Pihak Mulawa hanya menjual tudung ini secara borong sahaja minima 10 pcs.
Berikut ialah harga borong yang kami tawarkan.
Sedia diterbangkan ke rumah anda.....

Sekiranya anda masih ragu-ragu tentang kualiti tudung bawal kosong ini, nasihat saya cuba dahulu. Tak cuba, tak tahu kan...

Sila isi borang tempahan sekiranya anda ingin membuat pembelian.

*Pihak kami juga menjual tudung bawal kosong cop kangaroo bagi pembelian secara borong .sila klik link untuk info
**********************
Updated on 4.9.2014
Ada sesiapa yang berminat nak mulakan bisnes tudung online?
Kami kongsikan rahsia bisnes ini dalam ebook kami ...harga promo RM30 sahaja (utk 20 orang pertama yang order) ..harga asal RM50. Emelkan ke mulawafashion@gmail.com untuk pembelian.
Sila klik link untuk info ebook



Catat Ulasan