Emas pun nak rompak....

Memangla...
sebab rompak emas ada nilai. boleh jual.boleh untung.boleh dapat duit.boleh dapat dosa.

Pagi2 dah dengar cerita kedai emas kena rompak.
Huh... seram. Nasib baik tak ada di tempat kejadian masa tu.
Mintak dijauhkan.... dengar cerita je pun dah cukup.
tak nak tengok real. buat apa?
dari tengok perompak tu rompak kedai emas, baik aku minum kopi cicah  biskut tawar cream crackers.

Aduhai perompak...
kenapa la dalam banyak pekerjaan di Malaysia ni, kau nak jugak rompak kedai orang.
Yang kesiannya, tauke kedai tu la.
sekelip mata kedai macam dah tak rupa kedai.
dah macam ala2 CSI dah aku tengok.
ada van forensik, polis, pita kuning, wartawan, extra2 .... macam2 lagi la.

Dan malam2 cam ni....
Apa la yang perompak tu tengah buat? tido kot..tak kan tak siap lagi timbang emas dan guna kalkulator kira berapa untung kan?

Tauke kedai buat apa pulak?
guna kalkulator jugak la....kira rugi...

Hmmmm........ menginsafi kejadian ni.
Aku bersyukur sebab aku masih guna tenaga /usaha untuk mencari rezeki yang halal...........
Semoga kita semua berada dalam lindungan  Allah Taala. Amin.

Catat Ulasan