Berangan Sangattttt

Dah namanya no giliran mestilah kena beratur kan.
Tapi aku tak....
Aku diva sangat semalam.heh

Al-kisahnya, kepala otak aku semalam macam ala2 celaru gitu.
Sampai dekat Poslaju, aku tengok orang agak ramai jugak.
Aku pun terus pergi tekan mesin ambil no.
Masa ni otak aku celaru lagi...
Bukan setakat celaru..tapi celara - celari dah pun.


gambar ni aku google je...
credit untuk blog ni ya
Tengok gambar kat atas tu.
Di sinilah kecelaruan aku menunjukkan belangnya.
Masa no tu keluar dari mesin... mata aku terus pandang no. sekarang.
haha...dah sah sah la lepas tu no sekarang pun muncul di skrin belakang kaunter sambil robot tu pun bercakap panggil no tu.

Dengan Diva nya aku pergi kaunter.
Ambik kau..tak ke celaru ? berangan lagi
Sepatutnya aku tengok no. anda, bukan no sekarang kan...
tapi dah katanya celara - celari......memang amazing la otak aku masa tu.

Sudahnya, ada lelaki yang datang kat kaunter tu.
Off course la...dah tu no dia kan..
Aku? tiba2 baru tersedar macam kena pukau * pukau konon, alasan je ..sebenarnya blur

Budak kaunter : Berapa no cik?
Aku : Oh, maaf.........saya tersilap.

Rasa nak lempang diri aku pun ada. Itulah, berangan dan tak fokus lagi.
Memang aku pelik ....aku nampak org ramai tgh tunggu no giliran diorang, tak ke hairan bin ajaib pulak yang aku baru tekan no...tiba2 no giliran aku dah di panggil. bajet anak chairman poslaju sangat kau..............haha.
Saja je kan kau kaki..........komplot dengan otak nak kenakan aku ..huhu.!!!!

Nasib baik aku tak kena pukul kat situ sebab potong giliran kan..hehe

Untuk cover malu...aku buat tak malu je la.
keluar jap dari situ.terus telefon kakak aku...

Kring..kring...
Aku : Wei.........aku diva sangat tadi.malunya......
Kakak aku : Kenapa?
Aku: ...bla..bla..bla...mula cerita
Kakak Aku : ...........apa lagi gelak sakan la...


Ni..muka malu aku tadi..still cantik kan... diva katanya :) haha ...
Catat Ulasan