Kisah Makcik Yang Tak Sabar...

beratur nak beli KFC.

Aku memangla penggemar KFC.
dalam sebulan mesti nak makan sekali.
Snack plate > original > drumstick > pepsi large.
Menu wajib orderku tu...

Menu wajib order makcik yg tak sabar tu..aku tak tau la pulak.

Disebabkan, teringin la kononya nak berbuka dengan KFC... aku singgah jap
nak beli bawa balik. Orang tak ramai beratur..so, senangla kan.

Aku datang dulu dari makcik tu.
Depan aku ada 2 orang budak lelaki beli KFC.
aku tengok jumlah dia RM66..jadi byk gak diorang order kan.
So, tunggu je la............takkan aku nak redah jugak tetiba tolak budak lelaki tu kan :)
takkan saja nak minta kena pukul percuma kat situ?

Dan, tiba2 makcik yang baru beratur belakang aku tak sampai 3 minit kot ..mengeluh cakap kuat ...
katanya budak kaunter tu buat kerja lambat. Lepas cakap tu..dia pindah beratur kaunter lain.
haha...tak sabar betul :)

Dan, sampai la giliran aku pulak yang order..makcik tu masih beratur .
aku dah siap bayar..mak cik tu masih beratur.
aku dah nak balik, dan orang belakang aku pun dah mintak order dia di kaunter....
mak cik tu masih beratur....

sebelum aku bukak pintu keluar, aku saja pusing belakang...
makcik tu masih beratur..
hehe...so, keyword untuk makcik tu ialah #terusberatur.

dan tetiba aku rasa nak tau je apa menu makcik tu nak order sgt sampai tunggu sekejap pun tak nak?
adakah dia nak order KFC Spicy Korean Crunch ? huhu

Moral of the story ? ...................................... isi tempat kosong sendiri ya :)



Catat Ulasan