Letihnya..........

Sebab sibuk menjahit...
Bukan sebab letih berpuasa di bulan Ramadhan.

Tangan,kaki,mata bahu....
semua dah sakit2...
Menjahit ni macam bawa kereta jugak...
Tangan nak kena pegang kain supaya tak lari atau tergelincir dari mata jarum..
Kaki pulak nak kena tekan motor mesin tu untuk bergerak..
Mata...kena pandang jahitan pada kain
Bahu ? sebab bersambung dgn tangan..jadi dapat share letih tu sekali .hehe

Tapi baru thrill kan....
M.E.N.C.A.B.A.R. katanya...
tambah2 kalau tailor nak cuti, atau tailor tak nak ambil tempahan..
jadi siapa yang jahit? akak jugak..............


So, senyum je...
lagipun memang suka menjahit kan...
Yang penting koleksi Mulawa Lebaran 2013 dapat disiapkan dengan jayanya untuk release weekend ni. Kalau letih aku akan buat ni :-

1. Rendam kaki dalam air suam2 .... letak serbuk teh
2. Rendam tangan dalam air suam2..letak serbuk teh

Pasti, keletihan dapat digantikan dengan kelegaan.
Yang penting letak teh je tau.
Jangan campur susu pulak.... itu teh tarik!
Catat Ulasan