Projek Shopping Raya 2013 bersama anak-anak yatim dan ibu tunggal dari Projek Iqra'

Dari semalam masa drive terdengar tentang Projek Iqra' di Radio Era.
Azam dalam hati, bila sampai rumah nak google dan check website Projek Iqra'
Tapi bila sampai rumah..............terus terlupa.

Hari ni masa drive, terdengar lagi iklan di radio.
Okay, kali ni set dekat dalam kepala....tak boleh,tak boleh,tak boleh lupa okay!

Dan...............hari ni memang tak lupa.
Sampai je rumah..bukak laptop terus search  Projek Iqra'
Dan semua ni tentulah pasal Projek: Shopping Raya 2013.

Rupanya ini ialah program tahunan mereka.
Baguskan.....sebab projek shopping raya 2013 ini  beri peluang kepada kita untuk bersedekah dan berbuat amal kebajikan. Sebabnya? kita boleh  menaja wang atau menyumbangkan masa, tenaga dan minyak kereta untuk meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal dalam program Shopping Raya 2013.

Bagi kita yang punya ibu bapa,memang kita bertuah.
Dari kecil sampai la besar sebelum kita mula bekerja sendiri....
ibu bapa lah yang sediakan keperluan hari raya kan.
Bila dah bekerja sendiri ni, inilah masa terbaik untuk kita membantu anak-anak yatim untuk turut serta merasakan kemeriahan menyambut hari raya.

Dari  website Projek Iqra', terdapat 3 cara untuk kita membantu menjayakan projek ini:-
1. Menaja seorang anak dengan nilai tajaan RM188 seorang
2. Menawarkan diri dan pasangan/kawan untuk menyertai konvoi Shopping Raya 2013
3. Menyebarkan informasi projek ini supaya lebih ramai orang mengetahuinya.

Untuk tahun ini, 4 buah rumah dari 4 buah negeri akan terlibat.
1. Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi (Kuala Lumpur)
2.Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana,Puchong (Selangor)
3. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak, Nilai (Negeri Sembilan)
4. Rumah Gemilang, Sik (Kedah)

Keseluruhannya, ia melibatkan 266 penerima terdiri daripada anak yatim, anak yatim piatu, anak fakir miskin dan ibu tunggal dengan anak OKU.

Jom sokong program dari Projek Iqra'
Untuk maklumat lanjut, sila layari yang berikut :-

Laman Web Projek Iqra'.  Klik sini
FB Page Projek Iqra' . Klik sini
atau email ke info@projekiqra.com


Credit gambar : Projek Iqra'
Moga rahmat & berkat di sepanjang bulan ini membantu diri untuk memperbaiki iman yang semakin pudar kerana sibuk dengan urusan dunia.
Menjadikan diri kita sebagai manusia yang saling membantu antara satu sama lain.
Jom gembirakan anak-anak yatim.............
Mesti kita pun akan turut  sama gembira....

Salam Ramadhan.
Catat Ulasan