Kerengga naik kereta

Betul.
Betul la apa yang korang baca kat tajuk entry aku ni.
Tak tipu pun.........

Semuanya sebab mak aku yang tersayang.
Ya ...sebab mak aku la kerengga tu dapat naik kereta aku merentas negeri ...entah berapa ekor pun aku tak tahu...Kalau tidak jangan harapla aku nak bawak kerengga buat jadi penumpang.
Bukan boleh bersembang pun..apatah lagi nak buat kawan menyanyi dlm kereta sambil dengar CD lagu mandarin. hehe

Oh....aku lupa, sebab rambutan jugak! bukan sebab mak aku je .......

Aku memang dah siap reverse kereta dah..
Tiba2 mak aku tunjuk rambutan dia baru petik dan suruh aku bukak cermin kereta.
So,aku bukak la...dan bila mak aku kata bawak balik rambutan ni dua tangkai..aku pun pasrah je
Biasala...mak korang pun mesti camtu gak kannnn..
time anak2 nak balik.... macam2 diorang suruh bawak balik sama buat bekalan :)
aku suka, terasa ala2 disayangi gitu..kata kau..betul ke bohong? wa kenal mak lu...haha.ASTRO sgttt.

Mak aku kata
"tak pe,mak masukkan rambutan ni dlm plastik..kerengga tu tak boleh keluar"..haha
dan seperti dijangka..kerengga tu mmg keluar dari plastik yang aku letak dekat atas lantai kereta tepi driver seat. Kerengga tu dah siap kenyit mata kat aku kata nak keluar dari plastik tu masa mak aku cakap camtu.. Aku ada kelebihan istimewa dapat berkomunikasi dgn kerengga!
Betul ke Bohong ..................BOHONG!!!!
* sambil jepp sepah pun di karan............ tetiba kan

Jadi kesan dari cerita ni bukanlah pasal kerengga mampu jadi penumpang yang baik dalam kereta atau tak..
Tapi ..ni aku nak bgtau. Kalau mak ayah suruh bawak balik apa2 buat bekalan tu..bawak je.
jangan nak kata..tak payah la mak,tak payah la ayah.....
Diorang sayang anak tu... jadi terimalah bekalan2 tu sebagai tanda kita sayang diorang gak..


p/s : rambutan tu dah habis aku makan..kerengga tu..ntah pergi mana aku tak tau..semoga dia jumpa kawan baru kat negeri yang baru pulak..kalau kerengga tu dah ada girlfriend kat pokok rambutan rumah mak aku, aku harap dia masih setia walaupun nak jumpa balik adalah IMPOSSIBLE..haha..merapu!
Catat Ulasan