Bawal Kosong Cop Kangaroo VS Bawal Kosong Cop Butterfly

Salam sis,
apa beza bawal kosong cop kangaroo dan bawal kosong cop butterfly?

Inilah soalan yang selalu drop di pm dan emel aku.
Dah pelanggan bertanya, jadi aku wajib menjawab. Ya, menjawab sebaik yang  mungkin.

Bila mahu menjawab tentang perbezaan, ada beberapa aspek yang perlu aku beritahu.

1. Harga
Bawal kosong cop kangaroo lebih mahal sedikit dari bawal kosong cop butterfly jika dibeli secara borong.

2. Warna
Bawal kosong cop kangaroo mempunyai lebih banyak pilihan warna berbanding bawal kosong cop butterfly

3. Populariti
Semestinya bawal kosong cop kangaroo. Sebab? ia lebih dahulu wujud dalam pasaran bawal kosong . Jadi, lebih ramai yang kenal, lebih ramai yang pernah beli,lebih ramai yang pernah pakai .

4. Kualiti
Bab ni paling susah nak jawab. Lembut ke tak ..licin ke tak?
susahnya nak jawab disebabkan pandangan setiap orang berbeza2..lembut pada aku , mungkin tak lembut pada pandangan orang lain..licin kata aku, mungkin orang lain kata tak pulak kan..hehe
Yang penting..dua2 fabrik ni tak kasar.

5. Bawal cop kangaroo bila pakai boleh melompat, bawal cop butterfly bila pakai boleh terbang.
Heh.ini gurau . Sila jangan gelak!

Dan aku?
Ya..secara jujur, aku suka pakai dua2 cop ni.
senang je nak bentuk kalau pakai.

Jadi, penyelesaiannya ialah.............
apa kata korang beli dulu bawal kosong cop kangaroo sehelai + bawal kosong cop butterfly sehelai.
Pakai dan jawab sendiri perbezaan yang bermain dalam fikiran anda.
Untuk pembelian, boleh pm kami di FB Mulawa Fashion ya.

Bawal ni pulak camne?
Kalau nak..klik link ni ya . Mulawa Bawal Amrina -Jahit Kontra



Catat Ulasan