Air Panas

Memang kegemaran aku.
teh panas, kopi panas, teh o panas ..memang sedapla kalau dapat.
suam2 tak main okay...letak limau lagi la tak ...not my taste!

Nak kata , ada super power tak jugak.
tapi mmg aku mampu minum air yg panas tu.
Pendek kata... tutup air lepas cerek berbunyi..tuang dalam teko dan bancuh..
tuang dalam cawan..terus aku boleh minum.
sebenarnya tak de la hebat mana pun..cuma teknik kawalan air masuk ke dalam tekak aku tu
ala2 taraf olimpik kot. hehe

yg best nya, kalau dulu masa kecik mak aku bancuh air ..
aku la dapat minum paling banyak..
kalau mak aku baru siap menggoreng pisang..
aku la yang dapat makan paling banyak jugak..
sebab adik beradik yg lain masih terkial2 meniup air dan goreng pisang yang tengah berasap tu.
best.aku suka dapat minum dan makan paling banyak masa tu...tamak gile!
tak main la tiup2 air dgn goreng pisang bagi sejuk... kelasss kan aku?

Dan sekarang ni aku suka benar minum air yang letak susu pekat manis dalam tin.
mmg tak elok langsung untuk kesihatan kalau di amalkan tiap2 hari.
masalahnya, tiap2 hari aku bancuh dan minum jugak.
dengan adanya entry ni..semoga aku insapp dan berhenti minum letak susu pekat manis setiap hari. hmmm
harapnya la. dan lepas ni kalau pergi kedai , aku nak buat2 tak nampak je dekat tin susu pekat manis tu.
Siapa kau? sorry tak kenal!aku tak nak beli!





Catat Ulasan