Beli Tudung Bawal Online : Bawal Kosong Cop Pegasus..Terbaru di pasaran 2014

Makin meriah nampaknya dunia tudung bawal kosong.
Buktinya? wujud pelbagai cop tudung bawal kosong selain cop kangaroo dan butterfly.
Tahun lepas, aku ada buat review tentang tudung bawal kosong cop butterfly masa mula2 diperkenalkan.
Dan siap buat promosi percuma 50pcs untuk mereka yang ingin mencuba.
Sehingga hari ini, makin ramai yg dah mula suka dengan cop butterfly nampaknya.

2014.
Aku nak review tentang bawal kosong terbaru di pasaran.
Namanya - tudung bawal kosong cop pegasus.
Ya .pegasus-si kuda bersayap yang boleh terbang 
Jauh aku mengembara kali ni cari tudung cop pegasus ..sampai ke Greek sana .hehe..


Dan itulah rupa cop tudung ni. cantik tak?
Tapi yang penting bukannya cop cantik yang kita cari kan. Dah tentulah soalan pertama yang akan keluar dari mulut korang..best tak kain ni? kasar tak? jarang tak? licin tak? lembik tak? senang bentuk tak?
phewww... ni baru betul2 soalan.

Dan untuk memuaskan hati aku ..... aku terima sample yang supplier berikan dengan hati terbuka tanpa sebarang prejudis. Apa apa pun aku kena cuba dulu . Takkan nak jual je kan..mestilah cuba dulu
*masa ni aku terasa macam ala2 nak jadi duta produk kecantikan pulak ..haha. 
Ya..saya telah mencubanya dahulu..terbukti berkesan..kalau tak saya sendiri takkan terima job ni untuk jadi duta..bla..bla..bla.. .Okay! yang ni tak ada kena mengena.

Dan .......Ini kronologi aneh percubaan aku memakai tudung bawal kosong cop pegasus.

31.12.2013
Dapat 3 sample. Warna hijau/merah/blue black
Pegang kain ..okay tak lembut sangat * jujur lah sayang..aku tak mengapa -sambil nyanyi

1.1.2014
Simpan dalam plastik merah .Malas nak buka ikatan dia dan malas jugakla nak pakai.
Hari ni nak rehat2 je...

2.1.2014
Teringat tudung ni.
Pegang dan belek2 tudung.okay still rasa tak lembut sangat pun.
Basuh dulu guna tangan dan keringkan
* kadang2 fabrik ni bila basuh jadi lain..pernah korang basuh baju kain cotton? dan  lepas tu tiba2 baju tu jadi kecik dan pakai pun ketat?

3.1.2014
Ambil tudung yang dah kering tu dan strika. 
Okay, masa ni aku rasa tudung ni lembut sikit.
Teka aku pakai warna yang mana satu? hehe..perlu ke teka kan.berangan sangat!
- Lipat 3 segi, okay potongan dia sama je.nice
- Senang je nak bentuk tudung ni. nice jugak
- Warna biru gelap yang aku pakai ni pun nice jugak
- Aku? jangan cakap la..memang nice kuasa dua :)
- Dan aku pakai tudung ni keluar rumah pergi kedai kek..selesa je .
- Balik rumah, aku try jahit tepi tudung tu sekali lagi. Biasanya kalau fabrik tu benang dia sikit, jahitan akan nampak tak cantik sbb fabrik terlalu ringan. Tapi bawal cop pegasus ni.. menghasilkan jahitan yang cantik.
Jadi, maknanya..kuantiti benang pada fabrik ni seadanya.LULUS eksperimen aku .

4.1.2014
Aku putuskan untuk kata okay tentang tudung ni 
Dan putuskan untuk jual jugak di FB Mulawa Fashion
lagi banyak pilihan cop -cop tudung ni, lagi meriah kan :)

Apapun penilaian setiap orang berbeza2.. mungkin aku kata okay, korang kata tak okay kan..
Jalan penyelesaiannya, korang cuba pakai sehelai dulu k.
Pendapat aku..tudung ni tak adalah terlalu lembut sangat, dan tak adalah terlalu kasar sangat.
sedang-sedang je.yang penting senang bentuk masa pakai...lagi banyak kali basuh,lagi lembut dan selesa fabrik dia.

Dan bermula hari ini..pihak kami akan memberikan 50pcs sample tudung bawal kosong cop pegasus secara percuma kepada anda. Tetapi, anda perlu menanggung kos penghantaran untuk mendapatkannya
-RM6 semenanjung , RM9 sabah sarawak labuan.
Untuk mendapatkannya, sila emelkan ke mulawafashion@gmail.com dengan meletakkan 
subject : Sehelai sample tudung bawal kosong cop pegasus untuk saya.
- sertakan nama, alamat dan no tel anda
- tunggu balasan  emel kami / no akaun akan diberikan untuk anda membuat pembayaran kos penghantaran.
- sebarang pm di inbox untuk mendapatkan sample ini tidak akan dilayan. hanya emel ya
==================
UPDATE 8.1-2014
SEMUA 50 SAMPLE BAWAL KOSONG COP PEGASUS TELAH HABIS DIBERIKAN.TQ
==================
******
Tudung bawal kosong cop pegasus akan mula dijual minggu hadapan pada harga berikut:-
RM7 - sehelai * tidak termasuk postage
Harga pengenalan
10pcs - RM55 semenanjung / RM65 sabah sarawak labuan * termasuk postage
20pcs - RM105 semenanjung / RM112 sabah sarawak labuan * termasuk postage

Terima kasih semua dan entry ini di akhiri dengan...
sample percuma : Siapa cepat dia dapat..siapa tak dapat dia lambat
Pesanan khas : Sila basuh dahulu tudung ini ..... baru anda buat penilaian ya :)


Catat Ulasan