Savings

Simpan duit/menabung...

Bukan mudah sebenarnya nak menyimpan duit.
Dapat duit, guna duit... jadi bila nak menyimpannya?
Dulu, masa kerja ala2 korporat tu... bos aku pernah nasihatkan pekerja dia termasuk aku la kan..
duit gaji simpan dulu..baki baru belanja. Bukannya belanja dulu baru menyimpan..katanya.

Aku cuba ikut pesanan dia.... simpan.Ya simpan dulu.
Lepas tu..haha belanja la..dah duit belanja tak cukup.Kelassss sangat amalan aku bab2 simpan duit ni.

Dan bila difikirkan2  balik... menyimpan ni sebenarnya wajib di amalkan.
Bukannya asal ada belanja semua... masa nak guna ada emergency mula la menggelabah.
Contoh paling baik... bila tahu road tax/insurans kereta nak mati bulan 6.. sepatutnya dah boleh mula buat simpanan 3-4 bulan sebelum tu. Dan, perasaan gelabah tak cukup duit masa bulan 6 dapat dielakkan.Tak gitu?

Cakap senang la..gaji pun sikit...macam mana nak menyimpan?
kata2 biasa yang kita dengar..atau sebenarnya kita pun cakap jugak camni kan..
Senang je jawapan aku... nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Kalau nak buat savings tu tak semestinya kena tunggu ada RM50,RM100  baru boleh simpan .
ada RM25.60 ,RM32.30,  RM18.20 pun boleh simpankan...amboi, nak genap aje ke baru boleh simpan kat bank?hehe

Mulai bulan jan 2014 ni, jom menabung nak...
sikit2 pun tak pe.....sebab sikit2 ni la yang berguna bila masa diperlukan.
Wah positif sangat aku malam ni .... 
terlebih makan ayam masak kicap kot... ada kena mengena ke?
tak de . That's all. ... 


Catat Ulasan