PM Facebook

Kisahnya,
aku tergelak sendiri bila terbaca reply di FB page yang menjawab Najib Razak
apabila ada pelanggan mereka yang memberi komen "PM" pada status yang di post.
Hehe..mungkin sekadar bergurau!

Tidak boleh
Hakikatnya, FB page tidak boleh memulakan PM.
Ini bermakna, pelanggan perlu PM FB page dahulu bagi setiap pertanyaan.
Hanya dengan cara ini, admin di FB page boleh membalas PM anda.
Bayangkan jika FB page boleh memulakan PM. Sudah tentu banyak PM promosi jualan yang anda akan terima. Haru jadinya inbox anda nanti.

Pastikan dahulu
Ya, ada juga peniaga online yang menjual menggunakan FB personal.
Mereka sudah tentulah boleh PM anda dahulu kerana yang digunakan bukanlah FB page.
Oleh itu, pastikan dahulu FB yang anda berurusan. Personal atau Page. Mudah bukan?
Benar, admin di FB page juga mempunyai FB personal dan boleh menghubungi anda.
Tetapi apabila mereka membuat PAGE sudah tentulah mereka senang berurusan di PAGE.
Ingat, bukan semua admin adalah pemilik PAGE. Ada sebahagian mereka merupakan pekerja bukan pemilik. Mana mungkin mereka mahu menggunakan FB personal untuk berurusan bagi pihak syarikat.

Tidak relevan
Sekiranya anda mengambil tahu dan ingin ambil tahu situasi ini, pasti anda bukanlah tergolong dalam golongan yang memberi komen PM pada status di FB page.

It's okay if you don't know
Tidak mengapa. Bukan semua perkara kita tahu bukan?
Menjadi tugas yang tahu untuk berkongsi maklumat kepada yang tidak tahu.
Aku juga mempunyai rakan yang tidak tahu bahawa kita dapat mengenalpasti jantina pada digit terakhir no kad pengenalan semasa di Universiti. Aku masih ingat bagaimana rakan aku beritahu betapa malunya dia bila maklumat seperti itu pun dia tidak tahu .
Jawapan aku pada dia, relax ..... tak payah nak malu sangat. Dah tahu tu..share la dengan orang yang tak tahu! Tak perlu condemn .... baru aman dunia. tak gitu?





Catat Ulasan